Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Rexy enggan anak buah pulang awal


BEREGU lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah menggalas misi besar menjelang Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 7 hingga 11 Disember.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berharap, anak-anak buahnya mampu menampilkan aksi terbaik dan tidak tersingkir awal pada kejohanan yang menghimpunkan pemain-pemain terbaik dunia itu.

Justeru, beliau menggesa ­Aa­ron-Wooi Yik dan Pearly-Thinaah supaya tidak berfikir terlalu jauh, selain meminta mereka untuk memberi sepenuh perhatian bagi melepasi saingan peringkat kumpulan terlebih dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, beliau percaya, Aaron-Wooi Yik dan Pearly-Thinaah berpeluang untuk meraih gelaran berdasarkan status masing-masing yang merupakan juara dunia serta pemenang kejohanan Terbuka Perancis.

“Kalau mengikut sasaran rea­listik, saya tidak mahu pemain-pemain ini tersingkir di pusingan awal, kalau boleh mereka perlu melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu. Kemudian, baru kita lihat peluang seterusnya.

“Jika dilihat status Aaron-Wooi Yik sebagai juara dunia, sebenarnya kita harus menjadi juara memandangkan semua pemain yang layak ke kejohanan tersebut akan turun dengan misi mem­buru kejuaraan, begitu juga Pearly dan Thinaah,” kata ­pengendali dari Indonesia itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1.5 juta (RM6.76 juta) itu bakal menghimpunkan pemain-pemain yang berada dalam kelompok lapan terbaik setiap acara berdasarkan ranking Jelajah Dunia musim ini.

Edisi kali ini pastinya memberi peluang kepada Pearly-Thinaah untuk menebus kekecewaan selepas tersingkir di peringkat kumpulan musim lalu, manakala Aaron-Wooi Yik gagal melayakkan diri.

Selain Aaron-Wooi Yik dan Pearly-Thinaah, Malaysia turut diwakili pemain-pemain profesional seperti Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai (beregu campuran), Teo Ee Yi-Ong Yew Sin (beregu lelaki) serta Lim Chiew Sien-Vivian Hoo (beregu wanita).

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement