Hi, what are you looking for?

Sukan

Persatuan Bola Sepak Rusia cabar FIFA di CAS


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

MOSCOW – Persatuan Bola Sepak Rusia (RFU) mengesahkan bakal membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengenai hukuman yang dilakukan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mengharamkan penyertaan pa­sukan itu ke Piala Dunia 2022.

Sebagai rekod, pada awal ming­gu ini FIFA telah membuat pusingan ‘U’ dengan mengharam­kan penyertaan Rusia yang sepatutnya beraksi pada peringkat playoff Piala Dunia 2022 menentang Poland pada 24 Mac depan.

Keputusan yang sama dibuat oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang turut menyingkirkan penyertaan kelab Rusia, Spartak Moscow daripada peringkat kalah mati saingan Liga Europa musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Keputusan FIFA dan UEFA wajar untuk dipersoalkan dan kedua-dua badan induk itu tidak berbincang langsung dengan kami sebelum menjatuhkan hukuman yang dianggap cukup berat dan tidak adil.

“RFU adalah ahli gabungan untuk badan induk seperti FIFA dan UEFA dan tidak wajar buat mereka melakukannya seperti ini. Sudah tentu kami akan membuat rayuan kepada CAS dan kalau perlu, kami akan meminta pampasan daripada mereka,” kata kenyataan RFU.

Sebelum ini, beberapa negara Eropah telah mengeluarkan kenyataan untuk memboikot sebarang aksi antarabangsa melibatkan Rusia pada masa akan datang susulan negara itu masih berada dalam konflik peperangan dengan Ukraine ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain kejohanan Piala Dunia 2022, skuad kebangsaan wanita Rusia turut diharamkan daripada beraksi pada Kejohanan Eropah Wanita (Euro) yang sepatutnya berlangsung pada Jun depan. – AGENSI

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SERDANG – Agrobank dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi menguruskan caruman takaful ahli...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ALOR GAJAH – “Tidak sampai lima minit hujan, pusaran angin menerbangkan bumbung bilik tengah, dapur dan bilik air,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANAH MERAH – Seorang warga emas mengalami kerugian kira-kira RM10,000 selepas gelang tangan dan rantai lehernya diragut semasa...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tujuh wanita yang cuba memasuki negara ini melalui...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications