Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

RHB WCE ‘Century Ride’ bakal tarik 3,000 peserta


KUALA LUMPUR  – Kira-kira 3,000 peminat berbasikal di Malaysia dan luar negara dijangka bakal membanjiri kayuhan berbasikal RHB WCE ‘Century Ride’ yang julung kali diadakan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) pada 19 Mei nanti.

Program berbasikal yang dianjurkan oleh Kumpulan Perbankan RHB dengan kerjasama dengan West Coast Expressway Sdn. Bhd itu bakal berlangsung di atas lebuh raya sistem tertutup di WCE dengan membabitkan pertempuran sejauh 160 kilometer (km) sekali gus merancakkan lagi Tahun Melawat Perak 2024.

Menariknya, kayuhan itu akan berlangsung dengan tiga kategori berbeza iaitu 160km, 90km dan 28km dengan membabitkan kategori lelaki dan wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB, Mohd. Rashid Mohamad berkata, tujuan utama program RHB WCE Century Ride itu diadakan untuk meneruskan kesinambungan RHB LEKAS Highway Ride.

“RHB WCE Century Ride adalah komitmen berterusan kami untuk mempromosikan gaya hidup lebih sihat, memupuk hubungan komuniti dan menyokong perniagaan tempatan kami. Kami percaya, berbasikal bukan hanya sekadar sukan tetapi satu langkah untuk menyatukan semua lapisan peringkat umur.

“Kayuhan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan semua orang dari golongan berbasikal profesional kepada ahli keluarga, rakan untuk mencari tunggangan yang menyeronokkan,” katanya ketika ditemui pada pelancaran program tersebut di ibu negara hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program kayuhan berbasikal tersebut akan bermula dari Lekir ke Taiping Selatan dan peserta perlu kembali ke Lekir untuk menempuh jarak keseluruhan 160km di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat.  -KOSMO! Online

 


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement