Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Rhys Kongsi Harga Minyak Di UK, Pesan ‘Jangan Convert RM’ Kalau Taknak Menyesal


harga minyak di uk

Rhys Kongsi Harga Minyak Di UK, Pesan ‘Jangan Convert RM’ Kalau Taknak Menyesal

Pernah tak anda terfikir-fikir mengenai harga minyak di negara lain? Di Malaysia, kita semua menggunakan Ringgit Malaysia, tetapi negara lain mempunyai mata wang mereka sendiri.

Namun adakah harga minyak di negara lain seperti United Kingdom (UK) lebih murah dari Malaysia? Ataupun lebih mahal?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang pempengaruh terkenal, Rhys William atau turut dikenali Mat Salleh Cari Makan, telah berkongsi satu informasi menarik kepada pengikutnya melalui video yang telah dimuat naik di platform itu.

Dia baru-baru ini berkongsi perbezaan harga minyak petrol di United Kingdom dan di Malaysia dengan cara convert bayaran yang telah dibayar ketika dia sedang mengisi minyak.

“Tu la jangan convert kan dah menyesal. Korang yang sibuk tanya macam mana harga minyak kat UK tu, ni haa saya share sikit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Korang jangan ikut pulak pergi convert duit Malaysia kalau isi minyak kat sini takut menangis je nanti,” kata Rhys dalam kapsyen hantaran itu.

Difahamkan perkongsian itu dibuat kerana ramai yang bertanya kepadanya, “Mahal ke harga minyak dekat UK?”. Jadi, dia pun membawa keretanya ke sebuah stesen minyak untuk menjawab pertanyaan itu.

Dalam video tersebut, dia turut berkongsi fakta yang unik tentang penjualan bahan bakar di stesen-stesen minyak di UK.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Satu yang unik di UK ini, setiap stesen minyak, dia boleh pilih harga dia sendiri. So kalau ada yang murah sikit, orang ramai akan berebut untuk isi minyak,” katanya.

Jelas Rhys, difahamkan pengguna di UK bebas untuk memilih mana-mana stesen atau syarikat yang menjual minyak pada kadar harga yang berpatutan bagi mereka.

Tambahnya lagi, “Dekat sini RON97 atau RON95, dua-dua warna hijau. Tiada warna kuning. Korang jangan tersilap tau!”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini kerana secara umumnya di Malaysia atau beberapa negara lain, kebiasaannya minyak RON95 menggunakan nozel berwarna kuning, manakala RON97 pula hijau.

Dari Pound Ke Ringgit Malaysia

Kemudian, dia menunjukkan harga selepas mengisi minyak untuk full tank. Tetapi katanya, minyak yang diisi tidaklah penuh kerana ada ruang lagi di dalam tangki minyak keretanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Total jadi 55 pound 5 pence,” katanya setelah mengisi minyak. Itu baru harga di UK, harga dalam Ringgit Malaysia amatlah mengejutkan.

“Saya dah kira tadi, dalam RM320. Kalau full tank mungkin RM400. Ni bukan kereta besar juga tu,” kata Rhys.

Secara asasnya minyak yang dibayar Rhys hanyalah 55 pound sahaja kalau mengikut nilai matawang UK. Kedengarannya ia mungkin tidaklah semahal mana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun apabila nilai itu ditukar ke Ringgit Malaysia, orang kita pasti akan ‘terkejut’ sesudah mendapat tahu bahawa jumlah yang dibayar Rhys untuk isian penuh kereta biasa sampai menjangkau lebih RM300.

“Bersyukur, dekat Malaysia minyak semua murah, boleh mampu. Memang rasalah dekat sini, sebab itu ramai orang tak drive. Sebab dia punya minyak, kereta, insurans semua agak mahal dekat sini,” tambahnya.

Mahal betul harga minyak di negara mereka, ya. Boleh cecah ratusan ringgit! Patutlah Rhys juga ada cakap, “Jangan convert!”

Advertisement. Scroll to continue reading.

@si_rhys

Tu la jangan convert kan dah menyesal.. 😅🥲 Korang yang sibuk tanya macam mana harga minyak kat UK tu, ni haa saya share sikit 🥵 Korang jangan ikut pulak pergi convert duit Malaysia kalau isi minyak kat sini takut menangis je nanti 😂 #MatSallehCariMakan #IsiMinyak #97 #95 #Malaysia #UK #FullTank #IniStyleKita #jalanjalancariminyak

♬ original sound – Rhys William – Rhys William

Sumber: Rhys William

BACA JUGA: Seorang Lagi “Influencer” Di TikTok Peluk Islam Selepas Mendalami Al-Quran

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Rhys Kongsi Harga Minyak Di UK, Pesan ‘Jangan Convert RM’ Kalau Taknak Menyesal appeared first on Siakap Keli.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications