Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Rider buat laporan palsu sebab nak tangguh kahwin


SEREMBAN – Seorang penghantar makanan tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa disamun semata-mata ingin menangguhkan perkahwinan dalam kejadian di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 22 tahun itu berbuat demikian selepas memgalami masalah kewangan berikutan tidak mempunyai wang mencukupi.

“Laporan palsu itu dibuat oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar makananan mendakwa telah disamun empat lelaki dan telah kehilangan wang tunai RM9,000 serta kad pengenalan dalam kejadian berhampiran sebuah kuil di Rantau di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Berdasarkan hasil soal siasat, lelaki itu sebenarnya ingin menangguhkan majlis perkahwinan kerana duitnya tidak mencukupi. Bagaimanapun, semakan rekod lampau mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Arifai berkata, dalam kejadian berasingan, laporan palsu kedua dibuat seorang kontraktor pada pukul 8.47 malam mendakwa disamun dua lelaki di hadapan Food Court Permai Seremban, di sini semalam.

“Lelaki berusia 39 tahun itu mendakwa kehilangan barangan berharga dan kad pengenalan. Namun, hasil siasatan mendapati kejadian itu tidak pernah berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Laporan palsu itu dibuat dengan alasan supaya dia dapat membuat kad pengenalan baharu tanpa membayar sebarang denda,” katanya.

Jelas Arifai, hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai empat kes kehilangan kad pengenalan sebelum ini dan mempunyai rekod dadah.

“Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman maksimun enam bulan penjara atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications