Hi, what are you looking for?

Mamak News

Rider jual telefon buat pusing modal, ditipu beri duit palsu


PETALING JAYA –  Impian seorang penghantar makanan untuk membuka perniagaan hasil dari keuntungan menjual telefon bimbit tidak kesampaian selepas ditipu oleh pembeli wanita yang memberinya wang kertas palsu.

Menerusi hantaran dimuat naik Asyraff Akra di Facebook pada Selasa lalu, dia memaklumkan telah menerima beberapa keping wang kertas RM100 palsu.

“Dugaan terkena atas diri sendiri, jual telefon bimbit untuk jadikan duit permulaan berniaga sekali kena tipu. Wang kertas RM100 itu duit palsu, RM50 sahaja yang betul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Serius aku tak perasan, silap aku terlalu percaya manusia bertudung litup. Sama bangsa pun nak tipu.

“Tidak apa lah kakak dan abang, selamat maju jaya merangkak mencari aku dan isteri aku di padang mahsyar nanti,” katanya.

Asyraff juga dilihat berkongsi nombor telefon pembeli tersebut sebagai peringatan buat orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Itu sahaja aku ada. Silap tak tangkap gambar atau apa sebab sepanjang aku buat jual beli tak pernah kena macam ini. Pengajaran,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai turut berkongsi pengalaman masing-masing apabila pernah diberi wang kertas palsu terutama ketika berniaga.

“Saya berniaga pasar malam, juala makanan, itu pun ada yang bayar guna duit palsu, bab makan pun buat main, haram masuk dalam badan jadi darah daging,” kongsi Syafina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ingat lagi, ada seorang pelanggan bayar guna wang kertas RM50 palsu masa beli baju, akhirnya ‘boss’ semak, sekali aku yang kena ganti balik harga baju tersebut. Salah aku, sebab tak semak betul-betul,” ujar Haziq67. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement