Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Rindu semakin menebal, Fauziah Sarman kongsi foto anak-anak


PETALING JAYA – Selepas melalui ‘drama’ keluarga penuh berliku tahun lalu, ibu penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila memuat naik foto empat orang anaknya sewaktu mereka masih kanak-kanak.

Fauziah menerusi beberapa hantaran InstaStory memuat naik lima keping foto empat anaknya iaitu Shila, Syafiq Amzah, Syahir Amzah dan Syada Amzah.

Dia turut menggunakan lagu Denganmu Aku Hidup nyanyian Opick dan Sampai Aku Menutup Mata (Acha Septriasa).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga turut ‘tag’ setiap nama anaknya dan perkongsian tersebut diulang siar oleh Syada.

Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, foto yang dikongsikan Fauziah seakan-akan memberi bayangan bekas isteri penyanyi Datuk Nd Lala itu amat merindui empat anaknya.

Terdahulu, kemelut membabitkan keluarga Shila mengejutkan industri seni tanah air apabila penyanyi itu dikatakan bermasam muka dengan dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara isu yang menjadi perdebatan ahli keluarga tersebut adalah apabila Syahir mendakwa Shila menghalau keluarganya keluar daripada rumah banglo didiami mereka yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Bagaimanapun, Shila menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya mengatakan dia mahu mencarikan rumah yang baharu buat keluarganya susulan banglo tersebut terlalu besar untuk didiami selain kos penyelenggaraan yang tinggi.

Fauziah sebelum ini juga pernah memuat naik hantaran seolah-olah tidak memaafkan kesalahan Shila yang dikatakan membelakangkan statusnya sebagai seorang ibu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, Syada dan Fauziah sudah berpindah dan menetap di sebuah rumah yang tidak didedahkan lokasinya.

ND Lala melafazkan cerai pada 2 Ogos 2023 di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenai hal itu kepada Fauziah menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos 2023. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement