Hi, what are you looking for?

Mamak News

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal Urus Niaga


KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini seiring dengan sentimen risiko positif menjelang pengumuman Bajet 2023 pada Jumaat ini.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6355/6400 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa 4.6420/6450.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama ringgit sepatutnya melantun semula pada sesi awal berikutan kelemahan dolar AS ekoran kebimbangan fiskal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pada pelabur kini menunggu pengeluaran data Pekerjaan Bukan Ladang ADP Amerika Syarikat (AS), yang akan memberikan lebih banyak hala tuju mengenai kesihatan ekonomi AS.

Bagaimanapun, beliau menambah prestasi dolar AS mungkin dipengaruhi oleh data  Indeks Harga Pengeluar (PPI) Kesatuan Eropah yang telah mencapai rekod tertinggi baharu iaitu 43.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos 2022 berbanding pada Julai 2022.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding poud Britain 5.3039/3091 daripada 5.2752/2786 pada penutup Selasa dan turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2555/2591 daripada semalam 3.2462/2487 semalam.

Ringgit turut lemah berbanding yen Jepun pada 3.2222/2256 daripada penutupan semalam pada 3.2067/2090 dan rendah berbanding euro kepada 4.6248/6293 daripada 4.5863/5893 sebelumnya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

0 DOHA – Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong mula bercita-cita besar untuk cipta satu lagi sejarah membawa pasukan layak ke pusingan suku akhir Piala Asia...

Sukan

0 DOHA – Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong mengakui, sangat gembira apabila kerja keras pa­sukan membuahkan hasil selepas sah layak ke pu­singan 16 terbaik buat...

Sukan

3s HARAPAN terlalu tinggi yang diletakkan terhadap Harimau Malaya pada penyertaan pertama dalam tempoh lebih 40 tahun di Piala Asia nyata ‘memakan diri’ apabila...

Sukan

3s PETALING JAYA – Pasukan Korea Selatan menepati ramalan apabila berjaya memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan langkah kanan selepas menewaskan Bahrain 3-1 pada...

Advertisement