Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Dagangan Lengang


Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Dagangan Lengang

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS selepas bergerak dalam julat terhad hari ini disebabkan aktiviti dagangan yang lengang, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu didagangkan tinggi sedikit pada 4.4190/4240 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ini kerana perhatian telah beralih ke arah sektor perbankan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kerana bank-bank pusat telah memperlahankan kenaikan kadar faedah mereka.

“Ringgit mungkin bergerak jauh lebih tinggi memandangkan Rizab Persekutuan AS ( Fed) telah memperlahankan kenaikan kadarnya.

“Nampaknya keadaan (krisis perbankan) terkawal memandangkan kesediaan pihak ketiga untuk mengambil alih bank yang terjejas,” katanya kepada Bernama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Jual Kepada Orang Tak Puasa, Wanita Kantoi Sorok Makanan Dalam Tandas

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, pasaran masih menilai keadaan semasa.

Dilaporkan minggu lepas bahawa peminjaman bank dalam diskaun Fed meningkat dengan mendadak kepada US$117 bilion, lebih tinggi daripada paras minggu sebelumnya sebanyak US$32 bilion dan melepasi US$112 bilion yang dicatatkan semasa krisis gadai janji.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu jatuh berbanding euro kepada 4.7579/7633 daripada 4.7476/7535 ketika ditutup pada Jumaat dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4159/4221 daripada 5.4034/4101 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3612/3653 daripada 3.4099/4144 minggu lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berbanding mata wang Asean, ringgit didagangkan lebih tinggi. Ia meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 291.30/291.90 daripada 291.90/292.50 pada Jumaat lepas dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3151/3191 daripada 3.3178/3225 sebelumnya.

Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8236/8440 daripada 12.9610/9835 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.15/8.16 sebelumnya.

Sumber: BERNAMA 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Mengakui dalam fasa bermalas-malas sehingga kurang bersemangat melakukan sebarang kerja, penyanyi Wany Hasrita mengalami peningkatan berat badan mendadak. Ujar Wany...

Sukan

0 DOHA – Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong mula bercita-cita besar untuk cipta satu lagi sejarah membawa pasukan layak ke pusingan suku akhir Piala Asia...

Hiburan

3s FILEM arahan dan lakonan penghibur berbakat besar,  Bradley Cooper berjudul Maestro mula diluncurkan sekitar hujung 2023, namun impaknya masih berbahang sehingga kini, tambahan...

Advertisement