Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Rita Rudaini ingatkan bekas suami, jangan berangan nak jumpa anak


PETALING JAYA – “Tak payah berangan nak datang. Jumpa di padang Mahsyar nanti”.

Itu jawapan pelakon Rita Rudaini terhadap soalan seorang pengikutnya dalam Instagram yang bertanyakan tentang bapa kandung kepada dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Rita, 47, dalam Instagram miliknya, pelakon asal Kangar Perlis itu berkongsi rasa sayu sewaktu menghantar anak sulungnya, Rayyan pulang ke asrama selepas sesi persekolahan 2024 dibuka baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jenis tengok dekat tingkap ini yang buat mommy (panggilannya) sayu. Dia (anak) pesan, mommy jangan pergi lagi. Tunggu Rayyan naik lambai dekat tingkap.

“Mommy dan adik rindu sangat. Belajar jangan jemu,” luahnya.

Perkongsian Rita itu kemudian menarik perhatian seorang netizen yang bertanyakan perihal tentang bapa kandung anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bapa Rayyan tak pernah tengok ke anaknya?” soal individu terbabit.

Soalan yang diajukan itu kemudiannya dijawab Rita secara sinis apabila mengingatkan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu supaya tidak berangan untuk berjumpa dengan anaknya selepas mendakwa lelaki tersebut tidak pernah ambil tahu tentang darah dagingnya sendiri sejak kecil lagi.

| Kampungmamakcom
KOMEN yang ditinggalkan Rita bagi menjawab persoalan tentang bekas suaminya

“Siapa? Tak payah (melawat). Masa kecil, kena basuh berak, tengah menyusu tak nak pula tengok. Dah besar, saya bela bagi pandai, dah senang tak payah basuh berak, tak payah berangan nak datang!

“Jumpa di padang Mahsyar nanti,” sindir Rita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jawapan yang diberikan oleh pelakon filem Mistik itu sekali gus mendapat respons oleh pengikutnya yang lain apabila rata-rata menyokong dan kagum dengan kecekalannya membesarkan anak sendirian.

“Tidak mengapa, dunia hanya sementara. Esok bapa dia jawablah apa yang dia buat di dunia ini. Saya hormat dengan akak sebab membesarkan anak dengan baik. Saya doakan akak dan anak-anak selalu dalam lindungan Allah SWT,” kata seorang pengikutnya.

“Kita sama. Jumpa di sana nanti (padang Mahsyar). Kita jaga waktu bayi, basuh berak, bagi mandi. Anak dah besar pandai, jangan datang mengaku anak,” ujar seorang lagi pengikutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sangat setuju. Anak dah besar baru nak mengaku, baik tak payah,” kata seorang lagi netizen.

Seputar info, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada September 2013. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement