Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Rita Sarimah Dilantik Semula Sebagai Ahli Dewan Negara 


Rita Sarimah ahli dewan negara

Rita Sarimah Dilantik Semula Sebagai Ahli Dewan Negara 

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Rita Sarimah Patrick Insol daripada Parti Rakyat Sarawak hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara buat penggal kedua.

Rita Sarimah, 60, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan pelantikan yang berkuat kuasa hingga 19 Nov 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Senator pada 22 Jun 2020 dan tempohnya berakhir 21 Jun lepas.

Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapannya pada majlis itu percaya pelantikan Rita Sarimah akan meningkatkan lagi kualiti perbahasan dan menimbang usul dalam Dewan Negara.

BACA JUGA: “Buat Sampai 40-50 Pek, Yang Laku 5”, Kisah “Superwoman” Cekal Berniaga La’sa Joho

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh profesional dan integriti kepada Senator Rita Sarimah Patrick Insol dalam sidang-sidang Dewan Negara yang akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata tanggungjawab utama Dewan Negara dalam memutuskan sesuatu rang undang-undang harus direalisasikan melalui lontaran idea, pandangan dan cadangan yang benar-benar bebas.

Menurut beliau, adalah penting bagi setiap Ahli Dewan Negara untuk sentiasa membuat persediaan dan kajian yang komprehensif bagi mempertimbangkan dan meluaskan ilmu dalam melaksanakan tugas mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

The post Rita Sarimah Dilantik Semula Sebagai Ahli Dewan Negara  appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Sukan

0 LONDON – Pelumba McLaren, Lando Norris mengharapkan perubahan besar berlaku ke atas jenteranya menjelang saingan musim depan bagi membolehkannya konsisten dalam setiap perlumbaan....

Hiburan

0 KUALA LUMPUR – Persembahan finalis All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Liza Hanim yang menyanyikan lagu My Heart Will Go On diibaratkan sebagai...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications