Hi, what are you looking for?

Hiburan

Rizky Billar sudah punya anak, pengamal seks songsang?


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KISAH rumah tangga pasangan selebriti Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar semakin memanas. Terbaharu tular sebuah video membongkar kisah silam aktor berusia 27 tahun itu apabila dikatakan sudah pun memiliki seorang anak perempuan sebelum menikahi Lesti.

Menerusi sebuah video yang tular dalam media sosial, seorang wanita yang mengakui dirinya sebagai kenalan lama Rizky mendedahkan, lelaki itu bukan sosok yang baik.

“Rizky Billar. Aku sangat geram dengan dia. Aku sudah lama mahu membongkar sifat sebenar Rizky, tapi aku tahan sebab dia mahu berkahwin dengan Lesti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Aku fikir dia akan berubah menjadi orang atau lelaki yang lebih matang kerana sudah mendapat seorang wanita yang sangat baik (Lesti) dan mencintainya,” katanya.

Ujarnya lagi, dia tidak mempunyai niat memburuk-burukkan Rizky, cuma berasa kasihan melihat penderitaan Lesti yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dedah wanita itu, Rizky sebenarnya sudah pun mempunyai seorang anak perempuan, hasil hubungan bersama seorang wanita yang bekerja di sebuah salun di Kalibata, Jakarta Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rizky Billar sudah ada seorang anak. Kalau anda peminat tegar Rizky, cuba cari akaun Instagram lama milik Rizky sebelum dia berkahwin dengan Lesti.

“Ada foto Rizky bersama seorang kanak-kanak perempuan. Itu adalah anaknya hasil hubungan seorang pekerja salun di Kalibata.

“Aku tahu dia pernah tinggal di Kalibata dan mempunyai hubungan dengan wanita itu (pekerja salun),” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata wanita tersebut lagi, dia sangat mengenali Rizky kerana mereka pernah mengikuti pengajian dalam bidang perfileman di Sudirman, Jakarta suatu ketika dahulu.

“Rizky tidak boleh mengelak lagi. Seharusnya dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang baik. Lesti umpama ‘berlian’, namun Rizky tidak bersyukur,” katanya.

Dalam video yang sama, pelakon sinetron Satria Mulia pula mendedahkan bahawa Rizky pernah memberitahu media dia tidak mempunyai hati dan perasaan terhadap Lesti. Malah, Rizky menuduh bahawa isterinya itu ‘syok sendiri’ terhadapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lesti bukan gadis idaman saya. Dia bukan ciri wanita yang saya suka. Dia perasan saya sukakannya,” kata Rizky.

Lebih memburukkan nama pelakon asal Medan, Indonesia itu apabila dia dikatakan mempunyai kecenderungan nafsu sesama jenis (homoseksual) setelah dikatakan pernah berhubungan dengan beberapa orang ‘waria’ (mak nyah) dan juga lelaki gay.

“Dia pernah tidur bersama mak nyah dan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki bergelar pengacara. Mereka pernah tinggal bersama-sama,” dedah Satria.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak Rabu lalu, industri hiburan Indonesia gempar apabila Lesti, 28, membuat laporan polis terhadap suaminya, Rizky apabila dipukul dan dicekik selepas mendakwa lelaki itu berlaku curang terhadapnya.

Dalam laporan polis yang dibuat, Lesti mendakwa telah dihempas ke atas katil sebelum dicekik sehingga jatuh ke lantai oleh suaminya.

Kisah kecurangan Rizky atau nama lengkapnya Muhammad Rizky Billar turut mengheret nama pelakon dan juga model jelita, Devina Kirana apabila dia dituduh menjadi kekasih gelap kepada lelaki itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan)...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dilapor membawa seluruh skuad Portugal untuk makan malam di Doha pada minggu ini,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LAHAD DATU – Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. AMPANG – Empat kenderaan rosak dihempap p tumbang ekoran hujan lebat dan angin kuat di dua lasi berasingan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications