Hi, what are you looking for?

Mamak News

RM50,000 disumbangkan kepada maahad tahfiz terjejas banjir


SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyumbangkan dana RM50,000 kepada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS).

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, sumbangan menggunakan sumber baitulmal itu bagi memenuhi maslahah ummah terutama dalam membantu Maahad Tahfiz yang terjejas akibat banjir dalam kejadian pada 17 Disember lalu.

“Kita amat prihatin dengan keperluan maslahah ummah khususnya di negeri Selangor dan apabila berlaku ujian seperti ini, MAIS bersama agensi dan anak syarikat akan segera memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Diharap sumbangan ini dapat membantu keperluan operasi di samping
menaiktaraf kemudahan di maahad tahfiz supaya pelajar-pelajar dapat mengikuti pengajian dengan lebih sempurna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan MAIS telah memperuntukkan sumbangan RM38.1 juta bagi membantu mangsa banjir d Selangor.

Tambahnya, antara penerima sumbangan ini termasuk pusat tahfiz, institusi masjid, surau, sekolah dan individu yang terkesan kerosakan rumah dan harta benda akibat banjir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Pengerusi PITAS, Ustaz Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa, berkata, sebanyak 36 Maahad Tahfiz terjejas banjir yang kebanyakannya di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Shah Alam.

Ujarnya, sumbangan MAIS ini akan diserahkan kepada Maahad Tahfiz Pondok Bustanul Arifin, Kuala Langat; Maahad Tahfiz Lil Muttaqin, Hulu Langat dan Maahad Tahfiz Muntazut Taqwa, Kuala Langat.

“InsyaAllah, duit yang kami terima ini akan digunakan untuk membeli perabot-perabot seperti katil dan tilam yang telah rosak serta keperluan yang lain,” katanya. -K! ONLINE.

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TEHRAN: Pemimpin tertinggi Iran mengampuni atau membenarkan pengurangan hukuman penjara untuk berpuluh-puluh ribu banduan termasuk beberapa yang ditangkap dalam protes anti-kerajaan baru-baru ini....

Lifestyle

0 Taman tema air atau ‘waterpark’ SplashMania seluas 16 ekar (6.47 hektar), yang dibina oleh Gamuda Land di Gamuda Cove sudah dibuka kepada orang...

Mamak News

0 Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. ‘Panda Walker‘ Sebak Dapat Basikal Sebagai Hadiah Seorang Panda Walker...

Lifestyle

0 Bukan air terjun tapi air hujan Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen. Air Terjun Changi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications