Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Robot Phoenix bakal rampas kerja orang gaji di AS


VANCOUVER: Pakar meramalkan ‘robot pembantu rumah’ bakal menjadi keperluan di kebanyakan kediaman di Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir dekad ini.

Pengasas Sanctuary AI, Geordie Rose berpangkalan di Vancouver, mencipta robot bersaiz manusia dipanggil Phoenix yang sudah mula bekerja di dua kedai runcit untuk membungkus barang dagangan dan melakukan kerja pembersihan.

Beliau percaya dalam tempoh 10 tahun lagi, Phoenix atau pendahulunya akan mampu melakukan apa-apa pekerjaan atau tugas yang boleh dilakukan oleh manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Android Phoenix sudah mampu melakukan kerja-kerja seperti membersih, mengemas, mengisi barang dalam peti ais malah mampu mempelajari kemahiran baharu seperti manusia.

“Kunci kejayaan robot Phoenix ialah tangan kecerdasan buatan (AI) menggunakan sensor getaran bagi memanipulasi objek seperti lengan manusia serta perisian AI Carbon yang digunakan untuk ‘berfikir’.

“Phoenix dilatih untuk melakukan pelbagai jenis tugas oleh pengendali manusia yang mengawalnya dalam realiti maya, tetapi kemudian belajar melakukan tugasan itu sendiri,” kata Rose.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Robot berkuasa elektrik setinggi 1.7 meter dengan berat sekitar 70 kilogram (kg) itu mempunyai kelajuan maksimum 4.8 kilometer sejam dan boleh membawa muatan sehingga 25kg.

Jelas Rose, syarikatnya tidak akan menjual robot berkenaan, sebaliknya akan menyewakannya kepada mereka yang berminat mendapatkan perkhidmatannya.

Firma kewangan Goldman Sachs meramalkan pasaran untuk robot humanoid mencecah AS$150 bilion RM703 bilion) setahun di seluruh dunia dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah robot berkenaan akan berdaya maju di kilang-kilang sekitar tahun 2025 hingga 2028 dan bakal digunakan dalam banyak sektor pekerjaan lain menjelang 2030 atau 2035.-AGENSI


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications