Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Rompak Kedai Makan Sempat Dirakam CCTV Di Kuching, Netizen Minta Waspada Dengan Kelisa Putih


Rompakan bersenjata tajam ini berlaku di Kuching

Rompak Kedai Makan Sempat Dirakam CCTV Di Kuching, Netizen Minta Waspada Dengan Kelisa Putih. Baru-baru ini telah tular satu rakaman CCTV di salah sebuah premis makanan di Kuching ini. Lagi mendebarkan, CCTV tersebut sempat merakam kejadian satu rompakan bersenjata di premis makanan tersebut.

Menerusi perkongsian video rakaman CCTV di Facebook, memaparkan sebuah kenderaan kelisa putih parkir di tepi jalan berdekatan dengan premis makanan tersebut.

Rompak Kedai Makan Sempat Dirakam CCTV Di Kuching, Netizen Minta Waspada Dengan Kelisa Putih
Rompak Kedai Makan Sempat Dirakam CCTV Di Kuching, Netizen Minta Waspada Dengan Kelisa Putih. Sumber: Facebook

Dua individu bertopeng ini keluar dari kenderaan kelisa putih

Rakaman CCTV berdurasi 1 minit ini memaparkan dua individu bertopeng serta bawa senjata tajam keluar dari kenderaan tersebut menuju ke premis makanan. Manakala dua individu tersebut memasuki premis itu, kenderaan kelisa masih menunggu di parkir.

Manakala dalam rakaman CCTV di dalam ruangan premis tersebut, dua individu memasuki premis tersebut sambil mengacukan senjata tajam ke arah pelanggan dan memaksa mereka untuk menyerahkan barangan berharga mereka dan merampas telefon pintar pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan bahawa kejadian tersebut berlaku di Jalan Poh Kwong Park Kuching.

Video tersebut dikongsi dan telah menarik perhatian netizen sehingga 38K kali tontonan dan 419 kongsi setakat artikel ini ditulis. Menerusi kapsyen perkongsian video tersebut, difahamkan bahawa kejadian ini berlaku pada 12 tengah malam.

Individu yang kongsi rakaman CCTV tersebut turut meminta netizen untuk berwaspada terhadap kenderaan kelisa putih tersebut bernombor plat QB8662.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sering Kena Maki Dan Paksa Buat “OT”, Lelaki Nekad Tikam Bos Hingga Mati Seorang pengawal keselamatan didakwa menikam bosnya hingga mati kerana memaksanya...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Lifestyle

0 Menang kambing dari pertandingan Lato-Lato. Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing. Amat tular di Indonesia, Lato-Lato...

Mamak News

0 KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera pada bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai bermasalah mental di Masjid Alwi,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications