CRISTIANO Ronaldo meluah kebimbangan terhadap rakan-rakan sepasukannya.
Penyerang Portugal berusia 36 tahun itu menyeru rakan-rakan sepasukannya supaya perlu lebih hormat dalam menunjukkan prestasi masing-masing.
Ronaldo percaya rakan-rakannya itu tidak menunjukkan komitmen yang baik.

“Saya memberitahu kami masih jauh untuk membuktikan sesuatu, bagi saya paling penting adalah mentaliti. Lihat diri sendiri dan cakap,”Saya boleh buat lebih baik”.
“Untuk jadi profesional dan membantu pasukan, adalah mentaliti yang betul serta sentiasa positif. Semua ini adalah bergantung kepada diri sendiri, bukan jurulatih, penyokong atau media. Jika anda bangga dengan diri sendiri dan ada maruah, anda perlu melakukan lebih banyak usaha,” jelasnya.

Difahamkan Ronaldo sentiasa melakukan latihan kecergasan selepas latihan, namun rakan-rakan sepasukannya tidak berbuat demikian.
Malah dia juga mendedahkan bahawa pemain-pemain muda tidak mendengar nasihatnya.
“Jika saya memberi nasihat walaupun anda lebih muda daripada saya, jika anda tidak melakukannya sebagai rutin harian… ia akan lebih sukar.
“Saya akan menjadi orang pertama untuk membantu anda. Tetapi jika anda tidak mahu saya membantu, buatlah kerja anda, lihat diri sendiri dan buat yang terbaik untuk membantu pasukan.
“Saya boleh berborak sepanjang hari dengan seseorang itu, tetapi jika ianya bukan datang dari hati, ia tidak mungkin berlaku. Ketika saya berusia 18,19,20 seseorang yang lebih berusia datang bercakap dengan saya, “Cristiano, kamu perlu lebih meningkat”.
Menurut Ronaldo, hanya dia seorang sahaja yang melakukan kerja ekstra pergi ke gim sebelum dan selepas latihan di Carrington.
