Hi, what are you looking for?

Sukan

Ronaldo bukti belum hilang sentuhan


LUXEMBOURG CITY – Penggempur sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi membuktikan dirinya masih relevan beraksi di pentas tertinggi biarpun sudah berusia 38 tahun.

Ketua Jurulatih Portugal, Ro­berto Martinez mengakui perkara itu selepas menyaksikan Ronaldo meledak dua gol ketika membelasah Luxembourg 6-0 pada aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi semalam.

Martinez, 50, tanpa berselin­dung menjelaskan kecemerlangan ditunjukkan Ronaldo membuktikan keputusannya menyenaraikan bintang Al Nassr itu tepat biarpun dikritik hebat sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cristiano (Ronaldo) adalah pemain unik di dunia dengan jumlah penampilan terbanyak di pentas antarabangsa. Pengalamannya amat penting dalam bilik persalinan.

“Sebenarnya semua pemain mempunyai peranan penting. Pemain muda kerana kesediaan mereka untuk beraksi, tetapi Ronaldo, Rui Patricio dan Bernardo Silva membawa pengalaman dan ia melengkapkan bilik persalinan,” kata Martinez.

Ini adalah kali kedua berturut-turut Ronaldo berjaya meledak dua gol dalam satu perlawanan selepas melakukannya ketika menang 4-0 ke atas Liechtenstein tiga hari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam aksi di Stade de Luxembourg awal pagi semalam, empat lagi gol Portugal dijaringkan oleh Joao Felix, Bernardo Silva, Otavio dan Rafael Leao.

Kemenangan itu memboleh­kan Portugal mendahului carta Kumpulan J dengan enam mata, dua mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Slovakia yang menang 2-0 ke atas Bosnia. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya… Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran...

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications