Hi, what are you looking for?

Mamak News

Rosmah fail permohonan baharu gugur hakim


KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi memfailkan permohonan untuk menggugurkan seorang hakim Mahkamah Tinggi daripada mendengar perbicaraan kes di bawah pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapinya.

Isteri bekas Perdana Menteri juga akan memfailkan permohonan untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan dalam kes berkenaan.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan kedua-dua permohonan dan satu permohonan untuk menggantung prosiding perbicaraan, didengar pada 24 Januari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rosmah memohon agar kesemua prosiding dalam kes terlibat digantung sehingga rayuan berhubung keputusan Hakim Mohamed Zaini menolak permohonannya supaya beliau menarik diri, diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Sehubungan itu, perbicaraan yang sepatutnya didengar semalam di hadapan hakim berkenaan ditangguhkan kerana permohonan Rosmah untuk menggugurkan Hakim Mohamed Zaini baru difailkan kelmarin.

Hakim tersebut merupakan hakim yang sama mendengar perbicaraan kes rasuah Rosmah berhubung projek solar hibrid dan yang mengarahkan wanita itu membela diri atas pertuduhan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika mahkamah mula bersidang, Sri Ram memaklumkan pihaknya membantah kesemua permohonan yang dikemukakan oleh Rosmah.

Sri Ram turut menarik perhatian mahkamah dengan mendakwa, Rosmah menyalahgunakan proses mahkamah kerana sekali lagi mempertikaikan pelantikannya secara fiat sebagai pendakwa raya dalam kes pengubahan wang haram.

Sri Ram menyatakan, permohonan tersebut menggunakan alasan yang sama sedangkan Hakim Mohamed Zaini sebelum ini telah menolak permohonannya pada 14 Disember 2021.- K!ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. ‘Panda Walker‘ Sebak Dapat Basikal Sebagai Hadiah Seorang Panda Walker...

Lifestyle

0 Bukan air terjun tapi air hujan Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen. Air Terjun Changi...

Mamak News

0 NEW YORK, 31 Jan (Bernama) — Dunia sukan berdukacita dengan pemergian juara ski Amerika Syarikat (AS), Kyle Smaine yang terbunuh dalam insiden runtuhan...

Mamak News

78s Jadi Tuan Rumah, Arab Saudi Dilapor Bina Resort Ski Di Padang Pasir Arab Saudi dilapor akan membina sebuah pusat sukan musim sejuk terkemuka...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications