Hi, what are you looking for?

Mamak News

Rugi RM111 dipukau lelaki asing beli makanan kucing


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

SERDANG – Sebuah klinik veterinar haiwan mengalami kerugian sebanyak RM111 apabila pembantu kedai wanita itu disyaki dipukau seorang lelaki warga asing di Seri Kembangan di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalangan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa didatangi suspek dipercayai ingin membeli makanan kucing berharga RM11.

Menurutnya, semasa membuat pembayaran di kaunter, suspek telah memberikan wang tunai RM100 kerana tidak mempunyai wang kecil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagaimanapun, mangsa seolah kena pukau dan telah memberikan semula baki RM100 kepada suspek.

“Setelah suspek beredar, mangsa kemudian menyedari bahawa lelaki terbabit gagal membuat pembayaran RM11 dan mengalami kerugian kedai RM100,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, semakan laporan polis mendapati kes berkaitan modus operandi seumpama itu adalah kes pertama dilaporkan di daerah berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekiranya terdapat mangsa lain, polis sarankan untuk membuat laporan di balai terdekat,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di media sosial oleh pemilik klinik tersebut mendakwa salah seorang pekerjanya dipukau.

Menurutnya, lelaki tersebut didakwa telah bercakap dalam bahasa ‘pelik’ yang tidak boleh difahami berulang-ulang kali menyebabkan pekerjanya memberikan duit tanpa sedar. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

 


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Penganjuran Malaysia Techlympics 2022 khusus untuk peserta berusia tujuh hingga 30 tahun, berjaya menarik pendaftaran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Kampung Melayu di Kluang, Johor, Muhammad...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SHAH ALAM – Penyanyi Shila Amzah tampil berani dengan aksi memukau apabila membuat persembahan dalam takungan air buatan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications