Hi, what are you looking for?

Mamak News

Rugi RM31,638.85 ditipu scammer emel saman polis


SHAH ALAM – Hasrat seorang wanita melunaskan saman dikatakan sebanyak RM50 berkecai apabila dipedaya scammer sehingga kerugian RM31,638.85, baru-baru ini.

Ini selepas scammer menggunakan emel palsu dalam urusan pembayaran saman trafik PDRM.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 37 tahun itu telah menerima satu emel menyatakan mempunyai satu rekod saman PDRM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, emel tersebut turut menyertakan portal rasmi MyBayar PDRM untuk mangsa membuat semakan dengan wanita itu mendapati saman tersebut atas kenderaannya.

“Emel palsu tersebut kemudian memberi amaran supaya mangsa segera membuat bayaran saman tersebut atau tindakan selanjut akan diambil.

“Mangsa kemudiannya telah menekan pautan laman berkenaan palsu itu bagi pembayaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, mangsa juga telah mengisi butir-butir perbankan menerusi borang yang disediakan dalam pautan tersebut bagi pembayaran saman RM50.

Setelah butiran perbankan dimasukkan, transaksi bayaran tersebut telah gagal dengan skrin laman web palsu itu menyatakan nombor kod khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima tidak sah.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas menerima panggilan daripada pihak bank menyatakan wang daripada akaunnya dipindahkan sebanyak tiga kali berjumlah keseluruhan RM31, 638.85 dalam masa singkat ke akaun lain,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications