Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

‘Ruhainies, mohon maaf atau kami saman’


PETALING JAYA – Gara-gara tidak berpuas hati dengan cara kerja dan komitmen pelakon Ruhainies, syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Aurebella Beauty akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon itu.

Menurut Pengarah Urusan merangkap pengasas bersama Aurebella Beauty, Mohamad Aiman Hakim Nor Hashim pihaknya mendakwa Ruhainies telah melanggar kontrak dengan menarik diri dari menjadi duta produk mereka iaitu Mixberries Royal Women.

“Secara kasarnya kami tidak berpuas hati dengan kerja Ruhainies selepas dua bulan dilantik sebagai duta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Banyak perkara yang tidak dilakukan tetapi pihak kami masih belum boleh mendedahkan secara terperinci,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Susulan kejadian, pihak syarikat perlu menanggung kerugian sebanyak ratusan ribu ringgit.

Saya alami kemurungan yang sangat teruk susulan kejadian ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tindakan Ruhainies telah merendahkan kredibiliti kami dan juga syarikat dan bagi kami ini adalah satu penghinaan yang jelas.

“Pengunduran Ruhainies menyebabkan syarikat kami mengalami kerugian kerana majlis pelancaran, produk yang telah dicetak nama Ruhainies dan juga jualan daripada master stokis yang bersetuju untuk bersama kami,” ujarnya.

Dalam masa sama, Aiman turut berharap pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas membayar ganti rugu berserta permohonan maaf secara terbuka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut dua perkara.

“Ruhainies perlu menanggung semua kerugian yang syarikat kami alami dan dia juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement