Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Rumah Gergasi Merah siap seawal musim 2027


PASUKAN Selangor FC dijangka dapat menggunakan ‘rumah baharu’ mereka, Kompleks Sukan Shah Alam seawal musim 2027 selepas mercu tanda baharu ne­geri Selangor itu siap dibina tiga tahun lagi.

Sebagai rekod, Stadium Shah Alam akan dirobohkan pada tahun ini dan dijenamakan sebagai Kompleks Sukan Shah Alam dengan kos pembinaan bernilai lebih RM787 juta.

| Kampungmamakcom
PARA peminat pasukan Selangor FC menyaksikan replika pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap seawal tahun 2027 SADDAM YUSOFF

Ketua Pegawai Eksekutif Se­langor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon mengakui reka bentuk ikonik Stadium Shah Alam masih lagi dikekalkan seperti yang dimahukan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kata Johan, stadium baharu nanti dijangka menjadi yang tercanggih di rantau Asia Tenggara dan berdasarkan perbincangan antara kerajaan negeri bersama pemaju, MRCB, ia boleh di­siapkan pada 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tengku Amir Shah sendiri mahu mengekalkan reka bentuk yang lama kerana ia mempunyai sejarah tersendiri dan begitu ikonik. Jika terdapat perubahan, mungkin tidak jauh beza dengan sebelum ini.

“Kerajaan Selangor dan MRCB menjangkakan ia siap pada 2026, dan mungkin boleh digunakan pada 2027. Kita tahu MRCB antara pemaju terbaik di negara ini jadi kita yakin dengan reputasi mereka,” katanya.

Mengulas mengenai jenis rumput yang bakal digunakan, Johan mengakui terdapat dua jenis dicadangkan oleh pemaju iaitu Paspalum dan Zeon Zoysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Buat masa ini, masih awal lagi untuk tentukan rumput yang akan digunakan di stadium itu tetapi dua jenis rumput yang mungkin dipertimbangkan adalah Paspalum dan Zeon Zoysia,” katanya.

Stadium Shah Alam bakal dilengkapi teknologi tinggi apabila permukaan padangnya boleh diubah selain venue berkenaan turut menggunakan sistem penyejukan tempat duduk seperti venue Piala Dunia 2022 di Qatar.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement