Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Rumah Pasang Lampu Kuning Lagi Selamat Daripada Cicak Berbanding Lampu Putih, Ini Sebabnya


Rumah Pasang Lampu Kuning Lagi Selamat Daripada Cicak Berbanding Lampu Putih, Ini Sebabnya

Lampu merupakan peralatan elektrik wajib yang perlu ada di rumah, tidak kira bagaimana bentuknya, asalkan mampu menerangi waktu malam, ia tidak akan menjadi masalah.

Perasan tak, setiap rumah mempunyai pencahayaan lampu yang berbeza? Kalau kita lihat ada yang guna lampu terang, lampu yang berwarna kekuning-kuningan, berwarna warni dan sebagainya pada rumah mereka. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tahu tak sebenarnya, pencahayaan lampu ini memainkan peranan penting pada rumah dan juga diri sendiri?

Sesetengah orang mungkin memilih lampu berwarna putih kerana ia memberi pencahayaan yang maksimum namun lampu kuning adalah pilihan yang baik untuk rumah anda.

Lampu kuning kurangkan bilangan serangga
Kredit: Dr Death Pest Control

Untuk yang tidak mengetahui, penggunaan lampu kuning boleh mengurangkan bilangan serangga berterbangan di sekeliling rumah selain memasang mentol lampu kuning di bahagian luar rumah mampu menghapuskan pembiakan serangga atau reptilia seperti cicak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini kerana, pencahayaan kuning kurang menarik perhatian serangga kerana haiwan itu tidak dapat melihat cahaya kuning dengan jelas.

Serangga melihat bahagian Visible Light Spectrum, yang lebih kecil daripada manusia. Manusia boleh melihat keseluruhan Visible Light Spectrum (~380-750nanometer), tetapi bukan spektrum cahaya UV penuh.

Kredit: Sunco

Dalam pada itu, serangga tidak boleh melihat warna yang lebih panas melebihi panjang gelombang kuning dan oleh itu tidak begitu tertarik kepada mentol lampu LED kuning dan oren (berbanding dengan mentol lampu biru atau lampu pendarfluor).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, tidak semua serangga adalah sama seperti yang dinyatakan oleh seorang pakar dalam serangga, Debbie Hadley yang berkata pepijat menganggap cahaya putih sebagai bulan.

Serangga itu menjadikan bulan sebagai navigasi untuk bergerak secara lurus namun ia tidak akan berkumpul pada lampu tersebut dan hanya berterbangan di sekelilingnya.

Banyak serangga terbang pada waktu malam tertarik kepada mentol lampu kerana ia mengeluarkan haba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Serangga Masuk Dalam Telinga? Doktor Ini Ajar Cara Keluarkan Serangga Guna ‘Baby Oil’ Sebelum Pergi Klinik

Lampu putih tarik perhatian cicak
Kredit: Livspace

Sementara itu, penggunaan lampu putih mampu menarik perhatian cicak kerana reptilia itu mempunyai deria pendengaran, bau, rasa dan penglihatan yang sangat hebat.

Disebabkan derianya sangat hebat, ia mungkin lebih sensitif, contohnya tidak boleh melihat cahaya lampu berwarna terang seperti lampu putih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sensitiviti ini membawa kebaikan kepadanya kerana ia memerlukan lebih banyak cahaya apabila memburu makanan dan sumber lain semasa berada di alam liar.

Mata sensitif cicak tidak begitu berguna semasa dalam keadaan gelap kerana tiada apa untuk diburu atau diperhatikan selain daripada cengkerik yang melompat di sekitar kandang kecil mereka.

Tetapi apabila memburu dalam keadaan cahaya malap, seperti pada waktu malam, mata sensitif cicak amat berguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan serangga sering berkumpul pada lampu LED putih, cicak mengambil peluang untuk menunggu di sekitar lampu itu untuk memakan mangsanya.

Reptilia itu akan memanjat dinding berdekatan lampu dan menangkap serangga terbang kerana itu adalah makanannya.

Sumber: Reptile jam, The Spruce, Kompas.com, Sunco,

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications