Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Rundingan pembebasan tebusan dengan Hamas hampir capai kata putus


GAZA : Amerika Syarikat (AS) percaya Israel dan Hamas semakin menghampiri perjanjian yang akan menjamin pembebasan beberapa tebusan yang ditahan di Gaza.

Presiden AS, Joe Biden, berkata beliau percaya perjanjian sudah hampir dicapai, walaupun serangan tentera Israel ke atas Bandar Gaza berterusan dan roket masih dilancarkan ke Israel sepanjang rundingan diadakan.

“Kami hampir mencapai persetujuan sekarang berbanding sebelum ini,” kata jurucakap Rumah Putih, John Kirby, mengenai perjanjian tebusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kumpulan pejuang Palestin, Hamas, menahan kira-kira 240 tebusan semasa serangan 7 Oktober lalu ke atas Israel.

Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Mirjana Spoljaric, bertemu dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, di Qatar pada Isnin untuk membincangkan isu kemanusiaan berkaitan konflik itu.

ICRC yang berpangkalan di Geneva, dalam satu kenyataan, berkata beliau juga bertemu secara berasingan dengan pihak berkuasa Qatar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertubuhan itu berkata ia bukan sebahagian daripada rundingan bertujuan untuk membebaskan tebusan, sebaliknya sebagai perantara neutral yang bersedia bagi memudahkan sebarang pelepasan masa depan, jika dipersetujui oleh semua pihak.

Perbincangan mengenai perjanjian tebusan yang dijangka diadakan dalam masa terdekat kini tertangguh selama beberapa hari.

Sementara itu, Rangkaian Berita Quds melaporkan Israel menculik lebih 3,000 rakyat Palestin di Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu, dan jumlah korban meningkat kepada lebih 13,300 mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pentadbiran tahanan berkata, menurut rekod, terdapat lebih 2,200 tahanan ketika Israel meneruskan penangkapan hariannya di Tebing Barat.

Penahanan pentadbiran ialah prosedur di mana seseorang boleh dipenjarakan tanpa perbicaraan atau pertuduhan, atas dakwaan kononnya dia ‘merancang untuk melakukan kesalahan pada masa depan’.

Minggu lalu, Reuters melaporkan pengantara Qatar mencari penyelesaian untuk Hamas dan Israel bertukar 50 tebusan sebagai balasan bagi gencatan senjata tiga hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan itu menyaksikan peningkatan penghantaran bantuan kecemasan kepada orang awam Gaza, kata seorang pegawai yang diberi taklimat mengenai rundingan itu.

Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat (AS), Michael Herzog berkata dalam temubual di ABC bahawa beliau berharap perjanjian dimeterai dalam minggu ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman al-Thani, berkata beberapa perkara yang masih belum selesai hanya membabitkan isu sangat kecil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

The Washington Post pada Sabtu melaporkan perjanjian telah dipersetujui tetapi Rumah Putih dan Israel menafikannya. – REUTERS


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications