Hi, what are you looking for?

Hiburan

Rupa-rupanya pelvik saya senget sikit – Elfira Loy


Kehamilan boleh memberi implikasi luar biasa terhadap fizikal seseorang wanita yang bakal bergelar ibu. Buat pelakon Elfira Loy atau nama lengkapnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, dia mengakui mempunyai masalah sakit belakang sejak trimester pertama kehamilannya.

Elfira yang kini hamil anak kedua berkata, masalah sakit belakang tersebut memberi kesan terhadap kedudukan atau posisi bahagian pelviknya.

“Saya menderita masalah sakit belakang sejak trimester pertama lagi. Terima kasih suami kerana membawa saya menerima rawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rupa-rupanya, pelvik saya senget sedikit. Sekarang, saya dah boleh tidur bagai seorang puteri,” ujarnya menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Turut mencuri tumpuan apabila penyanyi Ernie Zakri turut meninggalkan komen dalam hantaran status Elfira dengan menulis: “I wanna go (saya nak pegi) buat rawatan juga.”

Sebelum ini, Elfira berkongsi berita dirinya hamil anak kedua sekitar Oktober.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 2011 itu menerusi Instagram memuat naik sebuah hantaran foto yang memaparkan dirinya sedang memegang belon dengan ayat ‘baby 2 is coming’ (anak nombor dua sedang dalam perjalanan).

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera bernama Muhammad Rayyan Khalaf, 2.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Menara Berkembar Petronas menjadi tumpuan Lelaki Sarawak Pertama Kali Datang KL Buat Ramai Terbahak. Malaysia mempunyai beberapa perkara yang memang orang luar pun...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications