Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Sabalenka mahu bolot semua Grand Slam


MELBOURNE – Pemain tenis No. 2 dunia, Aryna Sabalenka meraih gelaran Grand Slam kedua dalam kariernya selepas muncul juara pada kejohanan Terbuka Australia yang berlangsung di Melbourne Park.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung kelmarin, bintang Belarus itu tidak berdepan aksi sukar apabila mudah menewaskan bintang China, Zheng Qinwen menerusi keputusan straight-set 6-3, 6-2.

Sebaik merangkul gelaran Grand Slam kedua itu, Sabalenka meluahkan rasa lega kerana mampu mempertahankan kejuaraan selain menganggap kemenangan yang diraih musim lalu bukan nasib ­semata-mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sentiasa memasang hasrat untuk tidak menjadi seorang pemain yang ‘hilang’ secara tiba-tiba sebaik sahaja memenangi kejuaraan pada kejohanan utama. Saya mahu buktikan bahawa saya mampu menang secara konsisten.

“Sudah tentu perasaan saya ketika ini adalah untuk menang lebih daripada dua kejuaraan utama. Apa yang penting sekarang adalah saya perlu bekerja lebih keras untuk merealisasikan hasrat tersebut,” katanya.

Kemenangan itu nyata membakar semangat Sabalenka untuk memburu le­bih banyak kejuaraan Grand Slam, terma­suk Terbuka Perancis dan Wimbledon yang dijadualkan berlangsung pertengahan tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Secara jujur, saya mahu memenangi kesemua gelaran Grand Slam. Sekiranya saya dapat kekalkan rentak sedia ada, sudah tentu saya mampu untuk bermain di atas gelanggang tanah liat (Terbuka Perancis) dan rumput (Wimbledon),” ujarnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement