Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Saf Sekitar Stadium, Foto Solat Jumaat Dianjurkan Buat Kali Pertama Di Piala Dunia Jadi Viral


Saf Sekitar Stadium, Foto Solat Jumaat Dianjurkan Buat Kali Pertama Di Piala Dunia Jadi Viral

Buat kali pertama dalam sejarah, ratusan peminat bola termasuk pemain dan pegawai yang terlibat dengan penganjuran Piala Dunia telah menunaikan Solat Jumaat di perkarangan Stadium Ahmed bin Ali Stadium dan Stadium Al-Thamma. Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar merupakan edisi pertama di mana negara tuan rumahnya merupakan negara Islam.

Beberapa foto dan video yang merakam detik-detik berkenaan dikongsikan oleh orang ramai di media sosial pantas mencuri tumpuan dunia dan ramai menyifatkan ia sebagai satu peristiwa bersejarah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melalui video yang menjadi tular itu, dapat dilihat umat Islam berkumpul di perkarangan luar stadium sambil menunggu masuknya waktu Solat Jumaat. Jemaah juga memenuhi ruang-ruang padang berdekatan stadium.

الحمدلله ..
اللهم تقبل منا ومنهم صالح الاعمال pic.twitter.com/aHpkA3G3us

— حسن الساعي (@Hassan_alsai) November 25, 2022

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di lokasi berbeza pula, khutbah Jumaat telah disampaikan dalam bahasa Inggeris di hadapan Stadium Ahmed Bin Ali, iaitu lokasi perlawanan antara Iran dan Wales.

Antara isi yang terkandung dalam khutbah Jumaat kali ini adalah seperti menghormati ibu bapa, kebajikan wanita dan memelihara hak pekerja.

“Saya telah datang ke negara Islam untuk menghadiri Solat Jumaat. Ini membuatkan saya sangat gembira semasa berada dalam perlawanan ini,” kata seorang peminat yang berasal daripada Maghribi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Outside Al thumama stadium in Qatar today for the congregational Friday prayer. Islam is indeed beautiful. I have every reason to be proud because I am a Muslim. @kiramjoho @khalidjoho @Asmali77 what do you make of that opulent kind of environment? pic.twitter.com/TXHce5sOwg

— Nasirmagan (@nasirmagan) November 25, 2022

Qatar mencipta sejarah menjadi negara Islam pertama yang diberikan hak untuk menganjurkan temasya teragung dunia bola sepak itu. Malah, Qatar turut mencuri tumpuan apabila memperkenalkan beberapa peraturan yang dianggap melanggar tradisi Piala Dunia, antaranya mengharamkan penjualan minuman beralkohol di sekitar stadium.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: “Comelnya La’eeb”, Ibarat Ghutra Terbang, Kenali Maskot Rasmi Piala Dunia Qatar 2022 & Apa Yang Diwakilinya

Sumber: The Siasat Daily

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement