Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Saintis cipta model embrio manusia tanpa persenyawaan dalam makmal


LONDON: Pasukan saintis berjaya membangunkan struktur seperti embrio manusia tanpa menggunakan sperma, telur atau persenyawaan yang menawarkan harapan untuk penyelidikan tentang keguguran dan kecacatan kelahiran.

EMBRIO KULTUR

Awal tahun ini, beberapa makmal di seluruh dunia mengeluarkan kajian pracetak yang belum disemak bagi menerangkan perkembangan struktur seperti embrio manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tetapi kini penyelidikan tersebut diterbitkan dalam jurnal Nature yang dikaji semula, menerangkan bagaimana mereka mengubahsuai sel stem embrio manusia untuk berkembang sendiri menjadi model yang menyerupai embrio awal manusia.

Penyelidikan itu dialu-alukan oleh beberapa saintis sebagai kemajuan mengagumkan yang boleh membantu membuka rahsia tentang keadaan peringkat awal kehamilan yang tidak menentu.

Usaha itu bagaimanapun akan memperbaharui perbahasan tentang keperluan untuk peraturan etika yang lebih jelas mengenai pembangunan model embrio manusia yang ditanam di makmal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasukan penyelidik yang diketuai Saintis Palestin, Jacob Hanna di Institut Weizmann di Israel, memanfaatkan kuasa sel stem embrio yang boleh bertukar menjadi pelbagai jenis sel.

JACOB Hanna menyuntik bahan yang digunakan untuk pemisahan sel dan tisu ke dalam dulang di makmal Institut Sains Weizmann Israel di pusat bandar Rehovot AFP

Mereka menghasilkan model embrio sehingga berusia 14 hari, yang merupakan had undang-undang untuk penyelidikan makmal embrio manusia di banyak negara dan tempoh penting di mana organ seperti otak mula berkembang.

Para penyelidik tersebut menegaskan, usaha mereka berbeza daripada pasukan lain kerana menggunakan sel stem embrionik secara kimia dan bukannya diubah suai secara genetik.

Pasukan tersebut juga menghasilkan model yang lebih menyerupai embrio manusia sebenar, lengkap dengan kantung dan rongga amniotik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TAWAR MAKLUMAT BAHARU

“Persamaan ini boleh menjadikan model itu lebih berguna untuk penyelidikan keadaan seperti keguguran, kecacatan kelahiran dan ketidaksuburan.

“Model ini menghasilkan semua jenis sel berbeza yang membentuk tisu pada peringkat awal perkembangan manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Penyelidikan ini membantu pakar memahami tempoh di mana banyak kehamilan gagal dan sangat sukar untuk dikaji sehingga kini,” kata Pakar Institut Francis Crick Britain, James Briscoe.

Bagaimanapun penyelidik dan saintis yang tidak terlibat dalam kajian itu menekankan bahawa model tersebut tidak boleh dianggap sebagai embrio manusia.

“Strukturnya sangat menyerupai, tetapi adalah tidak sama dengan keadaan dalam rahim. Kadar kejayaan dalam menjana model juga rendah, dengan sel stem yang berkembang baik hanya melibatkan peratusan kecil pada masa itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Namun, berbeza dengan kajian serupa yang diterbitkan awal tahun ini, struktur seperti embrio ini mengandungi kebanyakan jenis sel yang ditemui dalam pembangunan embrio,” kata Pakar Biologi Sel Stem Universiti Reading United Kingdom (UK), Darius Widera.

Namun, Widera menegaskan, penyelidikan dan usaha tersebut menunjukkan bahawa model embrio manusia semakin canggih dan mampu menyerupai peristiwa yang berlaku semasa perkembangan normal.

Di Britain, Universiti Cambridge mula membangunkan rangka kerja tadbir urus pertama negara untuk model embrio manusia berasaskan sel stem.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Undang-undang Britain melarang pengkulturan embrio manusia dalam makmal melebihi usia 14 hari, tetapi kerana struktur yang diperoleh daripada sel stem dibentuk secara buatan, ia tidak dilindungi secara jelas oleh peraturan sedia ada.

Penyelidikan Institut Weizmann tidak membangunkan modelnya melebihi 14 hari dan tidak melibatkan pemindahan model ke dalam rahim manusia atau haiwan.-AFP


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Sukan

0 TOKYO – Pelumba utama Red Bull Racing, Max Verstappen mempamerkan dominasi penuh untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications