Hi, what are you looking for?

Misteri

Saintis kaji misteri puluhan mumia kanak-kanak di Sicily


SICILY, ITALI – Sekumpulan saintis bakal melaksanakan satu misi bagi membongkar misteri berpuluh-puluh mumia kanak-kanak yang tertanam di dalam sebuah makam bawah tanah di Sicily, Itali, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menerusi misi tersebut, sebahagian daripada 163 mumia kanak-kanak yang terkubur di Capuchin Catacombs, Palermo itu  akan dikaji menggunakan teknologi X-ray.

Ia adalah antara 1,284 mumia semula jadi dan separa rangka yang disusun di sepanjang kubur dan bilik bawah tanah  itu dari era sehingga 1590-an.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kanak-kanak tersebut dipercayai mati sekitar tahun 1787 dan 1880, namun hanya sedikit maklumat diperoleh mengenai siapa dan bagaimana mereka meninggal dunia.

Menurut salah seorang penyelidik berkenaan, Dr. Kirsty Squires, kajian dua tahun yang akan bermula minggu depan itu akan menyiasat mengenai identiti dan tahap kesihatan serta penyakit dialami 41 mumia tersebut.

“Kami ingin memahami dengan lebih lanjut mengenai kesihatan dan perkembangan kanak-kanak yang mayatnya diproses menjadi mumia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami tahu bahawa mereka berasal daripada keluarga kelas pertengahan, namun tidak mengetahui sekiranya mereka ada menghidap penyakit tertentu atau mengalami pertumbuhan terbantut,” katanya. 

Saintis Kaji Misteri Puluhan Mumia Kanak-Kanak Di Sicily

Tambah Squires, proses menjadikan mayat sebagai mumia di makam   tersebut merupakan petunjuk bagi kekayaan dan kecanggihan.

“Ia dilakukan bagi mengekalkan pesona sosial selepas seseorang itu mati,” jelasnya.

Menerusi kajian tersebut, Squires dan pasukannya akan merakam beratus-ratus imej mumia kanak-kanak tersebut menggunakan pengimbas X-ray.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia kemudian dapat menentukan jantina, usia serta bukti bagi sebarang kecacatan pertumbuhan, trauma atau penyakit yang dialami mereka.

Capuchin Catacombs merupakan lokasi menempatkan koleksi mumia terbesar di Eropah. Meskipun banyak mayat di situ ditemui dalam keadaan hanya tinggal tulang, namun sebilangan lagi  berada dalam keadaan baik termasuk kulit, rambut dan pakaian. – AGENSI  



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Mamak News

0 BATU PAHAT – Taktik menjadikan kereta sebagai stor menyimpan dadah akhirnya berjaya dihidu polis selepas seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Pekan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications