Hi, what are you looking for?

Mamak News

Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada

Saintis mendakwa bahawa telah menemui koronavirus baharu dalam kelawar yang kalis terhadap vaksin sedia ada, lapor Time.

Difahamkan, virus tersebut mampu menjangkiti sel manusia walaupun telah mendapat perlindungan imun daripada vaksin COVID-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Penolong Profesor di Paul Allen School of Public Health di Washington State University, Michael Letko dalam jurnal PLoS Pathogens, virus Khosta-2 yang ditemui itu sama seperti yang ditemui di Rusia pada tahun 2020, SARS-CoV-2.

Hasil penelitian di makmal, Letko bersama pasukannya mendapati virus itu mampu memberikan ancaman baru kepada manusia.

“Cara virus menjangkiti manusia ialah melalui reseptor sel. Jika ia tidak dapat masuk melalui cara itu, manusia sukar untuk dijangkiti sebarang penyakit,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Letko, dia menggabungkan serum antibodi orang yang telah divaksin dan menunjukkan ia tidak mampu meneutralkan virus itu. Perkara itu membimbangkan apabila ujian sama dilakukan ke atas serum orang pulih dari jangkitan Omicron juga memaparkan hasil yang sama.

“Ia merupakan virus yang tahan kepada vaksin sepenuhnya, namun kami tidak mahu menakutkan orang ramai. Kami bimbang virus ini akan menjangkiti reseptor manusia kerana tiada vaksin yang dapat bertindak balas buat masa kini,” katanya lagi.

Memetik laporan Mirror, walaupun kajian menunjukkan ia tidak memberikan sebarang kesan yang serius pada manusia, namun virus itu boleh berevolusi menjadi sesuatu yang lebih berbahaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini, Letko sedang berusaha membuat penyelidikan dan memahami virus tersebut terhadap jangkitan sel reseptor manusia agar pada masa hadapan manusia tidak perlu bergelut apabila virus baharu muncul.

“Kami mencatatkan data virus tersebut dalam pangkalan data. Sewaktu wabak berterusan berlaku pada masa akan datang, kita tidak perlu untuk berhempas pulas apabila virus baharu merebak ke dalam manusia,” katanya.

Sehingga kini, statistik WHO mendedahkan bahawa satu perempat daripada orang di seluruh dunia masih belum menerima vaksinasi COVID-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Mirror, Time

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Berbeza dengan alas tilam biasa, comforter, duvet atau toto perlulah dibasuh 2-3 kali setahun. Jika anda tahu cara...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. AMPANG JAYA – Seorang wanita yang mendakwa diperkosa lelaki tidak dikenali menghilangkan diri selepas membuat laporan polis di...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dirinya menolak untuk menggunakan kenderaan mewah berjenama Mercedes sebagai...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA SELANGOR – Seorang warga emas tergamam apabila objek disangka kain buruk rupa-rupanya mayat seorang lelaki di kawasan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications