Hi, what are you looking for?

Mamak News

Sajat berang dipertikai ada di Malaysia gara-gara pelekat peti sejuk


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pengguna TikTok yang mendakwa usahawan penuh kontroversi, Sajat Kamaruzzaman berada di Malaysia gara-gara pelekat di peti sejuk undang tawa orang ramai.

Menerusi siaran langsung di akaun TikTok milik Sajat yang sedang menjawab pertanyaan seorang netizen yang mendakwa dirinya berada di Malaysia kerana pelekat di peti sejuk yang kelihatan seperti pelekat peti sejuk di Malaysia.

Sajat yang kelihatan bingung dengan pertanyaan pengguna TikTok tersebut seterusnya menunjukkan pelekat tersebut dengan jarak yang lebih dekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Adik, cakap dekat mak awak, mak tengok ni mak, ‘compare models at www.energyrating.gov.au’. Kau tahu tak ‘AU’ itu apa? Australia.

“Kau ingat pelekat ini ada di Malaysia sahaja? Pelekat ini ada dekat Australia juga adik. Tolong lah adik, aku sudah penat dan terangkan dah. Faham tak?,” ujar Sajat sambil tertawa.

Menerusi komen di siaran langsung TikToknya, majoriti besar pengguna TikTok terhibur dan geli hati dengan gaya dan jawapan Sajat yang tidak jemu menjawab pertanyaan daripada orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kan dah kena, kau tanya lagi soalan macam itu dekat Sajat, penatlah gelak sampai kejung perut,” komen pengguna TikTok.

“Lawak sungguh, bukan kata Sajat, aku sendiri pun pening dengan soalan kau adik, ada ke patut pelekat peti yang kau tengok,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Yang tanya soalan pun kelakar, yang jawab soalan pun lawak, eloklah korang bergabung buat lawak santai macam ni, hilang stres,” tulis pengguna TikTok yang lainnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman pernah memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Toh pendidikan, Profesor Datuk Dr Sidek Baba telah meninggal dunia pada jam 7 petang, hari ini. Berita pemergian...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. WASHINGTON – Sebuah pesawat milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas melanggar kawanan burung...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Elaun bulanan bagi seramai 2,825 guru KAFA di Selangor akan diseragamkan dan ditingkatkan kepada RM1,500 sebulan. Berita baik...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan Melunas Janji Menggalas Harapan yang menyediakan sembilan bidang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications