Hi, what are you looking for?

Hiburan

Sakinah pasang ayat al-Quran di set filem Jemputan Ke Neraka


PETALING JAYA – Pelakon Sharifah Sakinah mengakui dia memasang alunan ayat al-Quran sepanjang menjalani penggambaran filem terbaharunya, Jemputan Ke Neraka yang dilakukan di sebuah banglo lama di Pulau Carey, Selangor.

Menurut Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 34, sebelum penggambaran lagi dia telah mendengar pelbagai kisah seram mengenali banglo lama tersebut.

“Tempat penggambaran kami adalah di sebuah banglo lama di tepi pantai. Jika melihat pemandangannya memang sangat cantik. Tetapi sebelum penggambaran lagi sudah banyak cerita seram yang saya dengar tentang banglo itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah, sepanjang penggambaran tidak ada sebarang gangguan, tidak ada kru yang dirasuk semuanya berjalan lancar. Kecuali disebabkan lokasinya di tepi pantai, satu hari tiba-tiba sahaja angin sangat kuat seperti ribut melanda set penggambaran.

“Kami semua berlari dan masuk ke dalam kereta dan terpaksa menunggu sehingga cuaca kembali okey. Kalau tidak rasanya mahu saya terbang dibawa angin sekali,” kongsi Sakinah.

Tambah Sakinah sudah menjadi kelaziman untuknya memasang ayat-ayat al-Quran di setiap set penggambaran bukan kerana ingin mengelak gangguan sahaja tetapi untuk berasa tenang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bukan di set filem Jemputan Ke Neraka sahaja saya alunkan ayat al-Quran tetapi di set penggambaran lain juga. Orang kita bila saya cakap pasang ayat al-Quran mesti mereka ingat nak halau hantu sahaja, walhal banyak kebaikan yang kita dapat daripada memasang muzik,”ujar Sakinah.

Sambung Sakinah, sebagai pelakon yang bekerja di pelbagai lokasi penggambaran dia sentiasa mengamalkan sikap menghormati orang sekeliling dan juga lokasi tempatnya bekerja.

“Kita sudah tahu itu bukan tempat kita dan dalam al-Quran juga sudah menyebut memang ada benda-benda ghaib ini, jadi kena percaya tetapi kita pula janganlah berlebih-lebihan takut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Janganlah gatal kacau ‘mereka’, bersikap angkuh dan terlampau seronok ketika berada di tempat yang kita sendiri tahu adalah tempat ‘mereka’,” tutur Sakinah.

Dalam filem Jemputan Ke Neraka, Sakinah memegang watak sebagai Rania di samping barisan pelakon popular lain seperti Janna Nick, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Amy Nurtinie, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi, Aleza Shadan dan Azhar Amir.

Filem yang bergenre seram thriller itu mengisahkan sekumpulan rakan bertemu di sebuah majlis perkahwinan misteri di sebuah banglo. Naskhah ini merupakan filem sulung pengarah Amor Rizan dan terbitan Anne Ngasri menerusi produksi AN Universal Sdn. Bhd. akan menemui penonton di pawagam pada 22 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Setia Fontaines Bertam bakal berubah wajah apabila memasuki fasa terakhir persiapan menjelang Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 anjuran Permodalan...

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications