Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Sakit dada, semput, Liza Hanim risau menjelang konsert


KUALA LUMPUR – Penyanyi Liza Hanim risau apabila tahap kesihatan yang kurang memberangsangkan ketika ini akan menganggu persembahannya pada konsert solo pertamanya, Liza Hanim 27 Years Journey In Concert di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad depan.

Menurut Liza atau nama Haliza Hanim Abdul Halim, 45, antara yang masalah kesihatan yang dialaminya ketika ini ialah demam, sakit dada dan semput untuk menyanyikan nada tinggi.

“Sudah lebih seminggu saya sakit. Ini pertama kali saya semput, sebelum ini langsung tak pernah alami. Kalau ikut apa yang doktor cakap, sakit ini berpunca daripada virus, tapi tak tahu jenis apa, bukan Covid-19 atau influenza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semua ini sesuatu yang baharu buat saya tetapi bersyukur kerana pasukan dan guru vokal, Cikgu Shafie banyak membantu dari segi vokal serta persiapan,” katanya ditemui pada sesi latihan menjelang konsert di Royal Studio semalam.

Disebabkan masalah kesihatan tersebut, dia juga terpaksa mengambil dua jenis ubat antibiotik sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.

Demi memastikan dirinya dalam keadaan baik, dia juga mengikut setiap saranan dan nasihat doktor ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apa yang saya kena buat sekarang adalah kena berjumpa doktor dan banyakkan rehat.

“Agak risau apabila sakit begini ditambah pula konsert akan berlangsung kurang seminggu lagi namun saya tetap memandang positif dan menganggapnya sebagai satu bentuk dugaan.

“Namun, setakat ini keadaan kesihatan sudah semakin okey cuma mungkin perlukan masa untuk baik sepenuhnya. Saya harap menjelang konsert dapat pulih sekurang-kurangnya 80 peratus, nanti tambah dengan semangat penonton, jadilah 100 peratus,” katanya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi konsert anjuran LH Media Sdn. Bhd. bersama Laugh Out Loud Entertainment itu, dia bakal mendendangkan lebih 30 buah lagu popular yang dipetik daripada tujuh album solo selama 27 tahun bergelar penyanyi.

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert yang merupakan konsert solo pertamanya turut mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui MyCreative Ventures Sdn. Bhd. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement