Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Sakit Mata Kalau Biar, Rupanya Ini Cara Mudah Nak Buang “Bubble” Dalam “Tinted” Kereta


bubble dalam tinted

Sakit Mata Kalau Biar, Rupanya Ini Cara Mudah Nak Buang “Bubble” Dalam “Tinted” Kereta

Memasang tinted pada cermin kereta dianggap sebagai perkara yang tidak asing lagi buat para pemilik kereta di Malaysia.

Hal ini disebabkan, iklim tropika di Malaysia menyebabkan negara tersebut menerima banyak sinaran matahari untuk sepanjang tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sinaran matahari yang panas yang terik ini sudah semestinya mengurangkan tahap keselesaan ketika pemanduan.

Dengan ini, pemasangan cermin gelap ini sekurang-kurangnya dapat meredupkan mata pemandu serta mengurangkan tahap kepanasan dalam kereta.

Bukan itu sahaja, pemasangan bahagian ini juga dapat memberikan privasi kepada pemandu, lebih-lebih lagi ketika memandu sendirian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, jika tinted tidak dipasang dengan betul, potensi untuk gelembung udara muncul sangat besar. Apabila berlaku, ia tentu menyakitkan mata ketika memandu.

Jika gelembung udara muncul selepas tinted yang baru dipasang, bawa kembali kenderaan ke tempat pemasangan dan minta tukang pasang betulkan semula.

Namun begitu, apabila gelembung udara tersebut terperangkap dalam filem yang sudah lama dipasang pada cermin kereta, terdapat beberapa tip boleh membantu anda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akan tetapi, tip ini boleh digunapakai apabila bahagian pelekat pada filem tersebut masih belum kering sepenuhnya. Jika bahagian tersebut sudah kering sepenuhnya, tip-tip ini hanya menyelesaikan isu ini buat sementara waktu sahaja.

Hakikatnya, apabila bahagian pelekat sudah mulai kering, filem tersebut akan memerangkap gelembung udara dan menunjukkan tibalah waktu untuk filem pada cerim tingkap kereta untuk diganti dengan yang baharu.

Gunakan haba

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahagian tersebut akan menjadi mudah diuruskan ketika bersuhu panas. Haba akan membolehkan pelekat menjadi lemah dan tinted menjadi lembut agar mudah untuk dikendalikan.

Mudah sahaja, anda boleh menggunakan haba yang dihasilkan daripada pengering rambut atau biarkan kereta berada di tengah panas buat sementara waktu.

Menjadikan tinted dan pelekat mudah dibentuk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain menggunakan haba, anda perlu mengaktifkan bahan pelekat dengan menggunakan campuran air dan sabun.

Anda perlu menyemburkan campuran kedua-dua bahan tersebut dengan menggunakan botol penyembur pada bahagian yang ingin dibetulkan.

Interaksi antara haba dan air bersabun akan membenarkan tinted dan pelekat mudah dibentuk lalu melekat elok dengan cermin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengeluarkan gelembung udara

Gunakan pin kecil ataupun jarum peniti yang tajam untuk membuat lubang kecil pada bahagian tinted yang mengandungi gelembung udara.

Sungguhpun begitu, anda perlu berhati-hari ketika melakukan proses ini agar tidak tinted tidak terkoyak. Jika tidak, terpaksalah ganti dengan tinted yang baru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu, pastikan tinted tersebut sudah disembur dengan air bersabun yang mencukupi. Alasannya supanya tinted mudah terbentuk dan melekat dengan cermin nanti.

Menekan gelembung udara

Gunakan plastik keras seperti kad kredit atau pembaris untuk menekan dan menolak gelembung udara yang terperangkap dalam tinted.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mulakan proses dengan menolak gelembung udara pada bahagian sisi menuju ke arah lubang kecil yang dibuat dengan objek tajam sebelum ini.

Ini dapat membantu udara yang terperangkap keluar daripada tinted, sekali gus memastikan bahagian pelekat dapat melekat semula dengan cermin tingkap.

Seperti sebelum ini, lakukan proses ini secara berhati-hati bagi memastikan tinted tidak terkoyak dan pasti kedua-dua filem dan pelekat cukup lembap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Laut Antartika Sangat Sejuk, Tetapi Kenapa Ikan Disana Tak Beku Macam Dalam Peti Ais? Ini Jawapannya

Sumber: Top Gear Philippines

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Sakit Mata Kalau Biar, Rupanya Ini Cara Mudah Nak Buang “Bubble” Dalam “Tinted” Kereta appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications