Hi, what are you looking for?

Mamak News

Salah Guna ‘Buah Silat’, Lelaki Belasah Pemandu Van Sehingga Terbaring


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Seorang pengguna jalan raya telah merakam satu insiden pergaduhan melibatkan pemandu Proton Saga dan van di PUJ 3, Taman Bukit Jalil yang dipercayai berlaku pada hari semalam.

Di dalam video itu menunjukkan seorang lelaki memakai topi berdiri di sebelah tingkap dan memarahi pemandu van yang didakwa melanggar bahagian belakang Proton Saga miliknya. Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut melepaskan beberapa tumbukan menerusi tingkap mengenai pemandu van tersebut.

Walaupun pemandu itu kelihatan tidak membalas semula serangan, lelaki bertopi itu membuka pintu van dan menarik keluar pemandu berkenaan dan terus membelasahnya dengan ‘buah silat’ sehingga terbaring di atas jalan tanpa menghiraukan kenderaan lain sedang lalu-lalang ketika itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejurus pemandu van terbaring kesakitan, penyerang terbabit segera masuk ke dalam van tersebut untuk memberhentikannya daripada terus bergerak secara mengundur.

Rakaman video pendek yang tular itu telah meraih perhatian netizen dan ramai yang mempertikaikan tindakan lelaki bertopi itu. Menurut orang ramai, lelaki itu tidak sepatutnya memukul pemandu van itu begitu sekali walaupun mangsa didakwa bersalah dalam kejadian kemalangan berkenaan.

Netizen menegaskan bahawa pemandu Proton Saga dan van itu boleh sahaja berbincang dengan cara lebih baik dan berhemah untuk menyelesaikan insiden kemalangan di antara mereka berdua.

Tambah orang ramai lagi, tindakan lelaki bertopi terbabit boleh membahayakan pengguna jalan raya lain yang sedang lalu-lalang di laluan tersebut. Pada masa sama, lelaki itu tidak sepatutnya menyalah gunakan ilmu mempertahankan diri untuk menindas pihak yang lebih lemah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW YORK: Seorang pekerja Starbucks yang sudah bekhidmat selama hampir tujuh tahun meluahkan kekecewaan apabila diberhentikan hanya kerana...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Penerbit Muzikal Moyang Salleh, Siti Salbiah Zahari mengakui berlaku salah faham mengenai pementasan teater muzikal...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BERA – Dua kanak-kanak berusia belasan tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutkan arus Sungai Triang dekat Kampung Kerayong,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ISLAMABAD: Sebuah lori tangki minyak bertembung dengan sebuah bas di Pakistan sehingga mengorbankan 20 penumpang di lebuh raya...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications