Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Salah ‘landing’, Haziq Hussni patah tangan


PETALING JAYA – Gara-gara salah ‘mendarat’ selepas menjaringkan gol perlawanan bola sepak, pergelangan tangan kiri pengacara Haziq Hussni patah sehingga perlu disimen.

Kata Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 33,  kejadian tersebut berlaku ketika dia menyertai perlawanan persahabatan bola sepak di Setia Alam, Shah Alam pada malam Ahad lalu.

“Malang tidak berbau, salah ‘landing’. Saya menjaringkan gol dengan kaki kiri, mungkin tidak biasa menggunakan kaki kiri membuatkan saya hilang imbangan dan jatuh.

“Dalam keadaan tersebut tangan saya cuba menahan badan, tetapi waktu itu saya sangka terkehel sahaja sebelum terus dibawa ke hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memang sangat sakit lebih-lebih lagi ini insiden patah pertama yang saya alami sepanjang bermain bola sepak. Sebelum ini setakat luka saja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Terdahulu, Haziq berkongsi gambar mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan dengan tangan berbalut.

Pada hantaran berkenaan, bekas penyampai radio itu menunjukkan keadaan tangannya yang membengkak bersama foto hasil sinar-X.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Haziq lagi, dia juga berdepan kesakitan berganda sewaktu prosedur memperbetulkan bahagian yang terseliuh atau mengalami dislokasi.

“Sakitnya memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata ketika doktor membetulkan kedudukan sendi akibat kesan terkehel itu.

“Buat masa ini tangan saya terpaksa dipakaikan plaster dari pergelangan sehingga ke bahagian siku yang dijangka dibuka esok atau lusa,” ujarnya.

Akuinya, produser memasukkan besi pada bahagian tulang patah pula hanya dapat ditentukan pada pertemuan susulan dengan pakar esok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ikutkan selepas produser masukkan besi selesai, plaster ini sudah boleh dibuka. Insya-Allah esok atau lusa, tengok dulu apa doktor maklumkan,” katanya.

Malah, personaliti penyiaran yang bakal membintangi drama pertama bulan depan sedia untuk mula bekerja selepas seminggu berehat.

“Jadual kerja yang sudah disusun awal terutama mengendalikan acara mungkin dapat saya penuhi, cuma untuk program televisyen akan ditangguhkan dulu.

“Bagi drama pula, ikutkan saya akan masuk set pada pertengahan Februari dan rasanya tiada masalah untuk berlakon memandangkan plaster waktu itu sudah dibuka, manakala babak diberikan juga tidak berat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memang saya berdebar-debar kerana berdepan dugaan ketika menjelang drama pertama, tetapi tak mengapa ini semua dugaan kecil,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement