Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Salakan Anjing, ‘Hint’ Penemuan Ular Sawa Di Halaman Rumah


Salakan anjing peliharaan membantu menyedari kehadiran ular sawa

Salakan Anjing, ‘Hint’ Penemuan Ular Sawa Di Halaman Rumah. Kecerdikan, kesetiaan dan kebolehan mengesan menjadikan anjing berguna kepada penggembala dan pemburu, dan juga untuk peranan-peranan lain.

Baru-baru ini, penemuan seekor ular sawa di halaman sebuah rumah di Jalan Bario, Kampung Cina Lutong, Miri pada malam Selasa. Dipercayai hasil salakan anjing peliharaan yang membantu untuk mengesan keberadaan ular tersebut.

Bagaimanapun, pengadu lelaki berusia 27 tahun terus menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan khas menangkap ular berkenaan kerana bimbang keselamatan penghuni rumahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut info dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri, anggotanya menerima panggilan kecemasan terbabit kira-kira jam 11.46 malam.

“Sepasukan empat anggota APM diketuai Koperal (PA) Zool Ihsan Sahari bergegas ke rumah pengadu sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut,”ujar pihak APM Miri menurut laporan.

“Setibanya di lokasi, skuad terus berjumpa dengan pengadu dan bertanyakan keberadaan ular, lalu pengadu memaklumkan menyedari kehadiran ular selepas anjingnya menyalak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ular masih berada di halaman rumah, namun berjaya ditangkap oleh pihak APM Miri

Dalam pada itu, anggota APM Miri turut menyatakan seekor ular sawa masih berada di luar rumah pengadu selepas tinjauan oleh anggota atau skuad yang bertugas.

Difahamkan skuad APM Miri berjaya menangkap seekor ular sawa dianggarkan sepanjang dua meter menggunakan peralatan khas yang disediakan oleh anggotanya.

“Selepas memastikan semuanya selamat, operasi tamat pada jam 12.20 tengah malam,” kata APM Miri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Daddy Ameena, rumah saya sentiasa terbuka untuk awak datang bila-bila masa berjumpa dengan anak.” Demikian kenyataan pelakon Shakilla Khoriri selepas...

Hiburan

3s SHAH ALAM – Air mata jantan penyampai radio, Fizi Ali gugur usai sebutan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Aktres Datin Elvina Mohamad berang apabila seorang pembantu rumahnya mencuri sejumlah wang tunai dan sebuah telefon bimbit sebelum melarikan diri...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR — Khabar angin mengenai gambar perkahwinannya tergantung di dinding rumah tersebar, pelakon dan penyanyi Erra Fazira menafikan tuduhan tersebut sekali gus...

Advertisement