Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Saluran kandungan ‘selamat’ untuk kanak-kanak


PENAMBAHBAIKAN platform penstriman Durioo+ dengan tapisan kandungan menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau AI adalah demi memastikan golongan kanak-kanak menikmati hiburan selamat.

Pengasas bersama syarikat Digital Durian dan juruanimasi, Sinan Ismail berkata, proses pelarasan ketat menjadikan platform terbabit sebagai pelopor utama industri tempatan yang menerapkan nilai islamik.

“Penambahbaikan yang diperkenalkan menerusi saringan terhadap animasi luar negara sama ada dari segi penggunaan ayat kurang sopan, mahupun karakter tidak sepatutnya dapat ditapis menggunakan teknologi AI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengapikasikan teknologi terkini, pemakaian watak utama sesuatu filem animasi itu juga dapat ditukar bagi memastikan tampil lebih sopan.

“Contoh adalah Cats The Movie yang juga filem pertama disunting sepenuhnya dengan teknologi AI, selain menampilkan skrip alih bahasa bersama ungkapan Islamik,” katanya pada majlis tayangan khas filem animasi itu, baru-baru ini.

Menurut Sinan lagi, naskhah asal China itu adalah percubaan pertama pihaknya memperkenalkan kandungan selamat Durioo+ khusus buat kanak-kanak Muslim yang meraih sambutan ibu bapa.
Selaku pengasas Durioo yang sebelum ini menghasilkan siri Didi & Friends serta Omar & Hana, pihaknya memahami kebimbangan ibu bapa mengenai konten dari luar negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Cats The Movie yang juga filem alih bahasa dari China adalah naskhah pertama disunting sepenuhnya dengan teknologi AI dan menampilkan skrip alih bahasa yang menyelitkan ungkapan berunsur islamik

Tapis konten

Katanya, menerusi Durioo+, iklan dewasa termasuk pelaburan, produk, judi dan pelbagai jenis promosi yang tidak sesuai untuk golongan muda tidak lagi mengganggu.

“Melalui Omar & Hana, kami menerima respons menyatakan kurangnya konten untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 9 tahun yang mempunyai nilai Islamik

“Pada usia ini penting untuk membentuk asas agama pada diri anak-anak membuatkan ibu bapa bimbang terutama berkenaan paparan aneka iklan yang hakikatnya ditentukan algoritma pelantar percuma.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dari situ saya nekad menyediakan satu pelantar baharu mesra anak-anak hingga golongan dewasa dengan menerapkan nilai Islamik yang bermanfaat mendidik tanpa iklan,” katanya.

Selepas Cats The Movie, Durioo+ menyediakan pelbagai lagi seleksi menarik termasuk bahan animasi dari luar negara sebagai pilihan tontonan seisi keluarga.

“Didi & Friends serta Omar & Hana menjadi peneraju serta inspirasi pasukan kami terus melangkah jauh dalam dunia penerbitan dan penstriman bahan bermanfaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bangga bawa produk Malaysia setanding kualiti antarabangsa.

Pengasas bersama syarikat Digital Durian Sinan Ismail menyatakan pelantar baharu Durioo+ menerapkan nilai pendidikan Islamik tanpa gangguan iklan ISKANDAR ISHAK

“Melalui Didi & Friends, kami meraih perhatian penonton berumur sehingga 9 tahun, manakala Omar & Hana tawarkan pendidikan Islamik sampai 12 tahun,” katanya.

Ujar Sinan lagi, kedua-dua animasi tersebut menjadi acuan pembentukan Durioo+ yang turut membawa masuk Bilal The Movie dan Tay The Movie.

Saluran penstriman Durioo di bawah Digital Durian yang berasaskan langganan direalisasikan pada Januari 2022 dan kini, Durioo+ pula ditawar sebagai bonus berganda kepada pengikut pelantar tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 ALOR SETAR – Seramai 603 mangsa banjir dari tiga daerah di negeri ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 5 petang...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications