Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

‘Sampai bila kena tunggu banjir kering’


BATU PAHAT – Kerajaan perlu mencari langkah segera untuk mengatasi masalah air banjir lambat surut atau banjir terme­nung kerana keadaan itu menyukarkan penduduk menjalankan aktiviti harian.

Ini berikutan penduduk kampung dijangka tinggal lebih lama di pusat penempatan sementara (PPS) sehingga hampir sebulan.

Penduduk dari Kampung Sri Mendapat, Parit Raja, Khatijah Abu Bakar, 73, berkata, tinggal di PPS bukanlah satu perkara yang indah kepada mangsa apatah lagi tempat pemindahan kurang kemudahan asas seperti tandas atau tempat mandi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, perkara utama perlu diberi perhatian kerajaan adalah sistem perparitan di setiap kampung di Parit Raja agar air­nya dapat mengalir laju setiap kali hujan lebat dan banjir berlaku.

“Apabila air lambat mengalir dan secara tidak langsung akan menyebabkan fenomena banjir termenung yang bertahan antara satu atau dua minggu walaupun cuaca dalam keadaan baik.

“Lebih penting lagi, fenomena ini bukan perkara baharu dan ia sudah berulang kali disuarakan penduduk, namun akan terus berulang setiap kali banjir berlaku,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Khatijah, lebih memburukkan keadaan apabila laporan mengatakan bahawa masalah banjir termenung di Parit Raja ini bakal berlanjutan kira-kira sebulan lagi.

Tambahnya, kira-kira 10 hari lagi umat Islam sudah memulakan ibadah puasa dan tidak sampai seminggu pelajar akan me­mulakan sesi persekolahan.

“Jika berterusan hingga tarikh itu, boleh dibayangkan betapa sukarnya rakyat untuk menguruskan kehidupan harian mereka, sampai bila kami perlu me­nunggu seperti ini,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ibrahim Abu Bakar, 54, berkata, fenomena banjir terme­nung ini seakan sudah menjadi lumrah kepada penduduk.

Ujarnya, apa yang bermain dalam fikiran sekarang seandai­nya keadaan berlarutan hingga minggu depan kerana pada Ahad murid sudah memulakan sesi persekolahan.

“Kami amat berharap kerajaan dapat memikirkan sesuatu yang lebih praktikal untuk mengatasi masalah ini agar tidak berulang tahun demi tahun mendatang tanpa ada jalan penyelesaian,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement