Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Sanchez calon ganti Howe di Newcastle


LONDON – Laporan berita di Sepanyol mengaitkan Jurulatih Girona, Machel Sanchez dengan penghijrahan ke England selepas Newcastle United dikatakan sedang mencari calon pengurus baharu menggantikan Eddie Howe.

Pengendali berusia 48 tahun itu menjalankan tugas dengan cemerlang bersama Girona apabila membantu pasukan itu layak beraksi di La Liga pada musim pertama bertugas dan menamatkan saingan di kedudukan ke-10 musim lalu.

Musim ini menyaksikan Sanchez mencipta magis apabila membantu Girona menguasai takhta La Liga menyebabkan khidmatnya mula diintai oleh banyak pasukan termasuk The Magpies selepas Howe berdepan tekanan tinggi ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Newcastle dilaporkan mahu bertindak cepat mendapatkan Sanchez apabila khidmat jurulatih tersebut juga ketika ini turut diintai oleh Barcelona yang menganggapnya sebagai calon pengganti Xavi.

Selain itu, Girona yang turut dikawal oleh pemilik Manchester City yang memiliki pegangan saham dalam pasukan tersebut juga turut menamakan Sanchez sebagai salah seorang calon mengisi kekosongan sekiranya Pep Guardiola meninggalkan Etihad.

Laporan Marca menyebut, pemilik Newcastle sedang memujuk Sanchez untuk memulakan kariernya di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sebagai persetujuan diterima, mereka akan mengarahkan Howe mengosongkan jawatan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Howe semakin hilang kepercayaan di St. James Park apabila Newcastle tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dan juga terkandas pada aksi suku akhir Piala Liga Inggeris.

Empat kekalahan daripada lima perlawanan terakhir EPL juga menyebabkan Howe terpaksa mencongak nasibnya apabila Newcastle sekadar menghuni kedudukan kesembilan ketinggalan 11 mata di belakang Arsenal yang berada di tangga keempat. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement