Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Sanusi cadang SPRM ambil alih KDA FC


ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini secara sinis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil alih pengurusan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Kata beliau, ‘gangguan’ dilakukan SPRM dengan melakukan siasatan dan tangkapan ke atas beberapa individu termasuk CEO Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kononnya terlibat rasuah turut menjejaskan KDA FC.

“Saya cadang SPRM ambil pasukan bola sebab pandai sangat pi siasat, tuduh dan tangkap sana sini. Hangpa pandai pergi tadbir pasukan bola dan bayar gaji, bolehkah?

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bila kita dah buat elok, saya ambil empat tahun dahulu boleh bayar hutang tapi dok kacau macam itu, rosak habis semua. Jadi akibatkan tak boleh bayar gaji,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden KFA berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tunggakan gaji dihadapi pemain dan pengurusan KDA FC.

Muhammad Sanusi pada pada masa sama yakin jika KDA FC terus dilanda masalah, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan kehilangan pasukan tersebut untuk musim depan bermula Mei ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia sebab hangpa kacau, sukan tak boleh kacau macam itu. Apabila kacau seolah-olah keadaan buruk, maka pasukan bola pun terima nasib dan padahnya,” ujarnya.

Ujarnya, tuduhan yang dilakukan ke atas KFA sebelum ini akan turut terpalit kepada KDA FC.

“Orang bukan faham KDA FC dan KFA, mereka tahu pasukan bola sahaja. Bila dibuat tangkapan, dituduh ada rasuah padahal tidak ada maka penaja-penaja KDA FC pun lari,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas mengenai tunggakan gaji dihadapi pemain dan pengurusan KDA FC, Muhammad Sanusi berkata, beliau tidak boleh mencampuri urusan kelab itu kerana ia telah diswastakan dan menjadi sebuah syarikat.

Namun, beliau dimaklumkan pengurusan KDA FC sedang berusaha menyelesaikan masalah tunggakan gaji tersebut serta berharap ia dapat diselesaikan segera. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement