Hi, what are you looking for?

Sukan

Sara dakap emas tenis wanita selepas benam adik sendiri


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PEMAIN tenis Terengganu, Sara Alisha Nayar mencatat detik manis dalam karier apabila merangkul pingat emas menerusi acara tenis perseorangan wanita pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 semalam.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Tenis Jalan Duta, Kuala Lumpur, pemain berusia 21 tahun itu mudah menewaskan adiknya, Anja Samia Nayar menerusi aksi straight set 6-1, 6-4.

Walaupun gembira dengan kemenangan yang diraih, namun bekas pemain kebangsaan itu tetap sedih kerana terpaksa menyaksikan adiknya menanggung kekalahan biarpun turun dengan status sebagai pilihan utama kejohanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Perasaan saya ketika ini bercampur baur kerana gembira dapat memenangi pingat emas tetapi pada masa sama agak sedih apabila melihat adik saya kalah. Secara keseluruhan, kami berdua sudah menampilkan aksi yang cukup baik.

“Selain itu, kemampuan Terengganu untuk mendominasi perlawanan akhir dalam acara perseorangan serta beregu wanita membuatkan penampilan pada Sukma kali ini lebih ­istimewa,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Tambah Sara, dia terpaksa bermain dalam keadaan penuh emosi pada perlawanan akhir semalam kerana melihat Anja berdepan kesukaran sepanjang permainan selepas dia memenangi set pertama 6-1.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Secara jujur, perlawanan menentang adik sendiri lebih sukar jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain,” ujarnya.

Berada di podium bersama Sara dan Anja adalah pemain Perak, Shihomi Leong dengan pingat gangsa selepas menewaskan Chan Yu Chi dalam aksi penentuan tempat ketiga.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DAMASCUS: Sejumlah 17 lagi mayat ditemukan selepas sebuah bot yang membawa pendatang dari Lubnan karam di perairan Syria....

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Ketiadaan penggempur utama, Faizal Saari pada siri Jelajah Eropah sama sekali tidak menghadirkan rasa bimbang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan sudah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) baru-baru sebagai persediaan awal...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Gara-gara mempamerkan aksi pertarungan bersama seorangt jurulatih seni bela diri, pelakon seksi Elizabeth Tan menarik...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications