Hi, what are you looking for?

Sukan

Sarawak dominasi boling perseorangan wanita


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KONTINJEN Sarawak tampil cemerlang pada hari pertama sukan boling pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 apabila menguasai acara perseorangan wanita selepas meraih pingat emas dan perak semalam.

Lavinia Kho Jia Jie yang melakukan penampilan sulung pada temasya tersebut memastikan emas menjadi miliknya selepas selepas melakukan 1271 jatuhan pin, menewaskan rakan sepasukan, Nur Hazirah Ramli yang mencatat 1268 jatuhan pin.

Atlet berusia 17 tahun itu mengakui terkejut dengan pingat emas yang dimenangi memandangkan aksinya agak menurun pada pusingan keempat apabila hanya melakukan 137 jatuhan pin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, dia kembali bangkit dengan aksi lebih kemas pada dua pusingan terakhir bagi memintas wakil Selangor, Nur Nais Falilnesa Isman yang hanya berpuas hati dengan pingat gangsa menerusi 1263 jatuhan pin.

“Saya memulakan saingan dengan sangat baik pada dua pusingan awal, begitu juga pusingan ketiga. Bagaimanapun, prestasi saya agak menurun di pusingan keempat sehingga menganggap peluang untuk menang emas sudah tertutup.

“Kemudian, jurulatih cuba menenangkan saya dan saya tidak lagi memberi tumpuan terhadap papan mata kerana mahu fokus sepenuhnya terhadap dua pusingan terakhir. Sebaik saingan berakhir, saya tidak sangka dapat memenangi emas,” katanya sejurus tamat pertandingan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang saingan yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya semalam, Lavinia yang mula berjinak dengan sukan boling sejak berusia lapan tahun mengakui gentar dengan saingan rakan sepasukan, Gillian Lim Siew Giok yang merupakan atlet kebangsaan.

“Antara pencabar utama saya hari ini (semalam) adalah Gillian Lim kerana dia adalah atlet kebangsaan selain saingan daripada Hazirah. Secara jujur, sasaran awal saya adalah untuk berada dalam kelompok 10 teratas,” ujarnya.

Sementara itu, sejarah Sukma Sarawak 2016 juga hampir berulang pada saingan semalam apabila kedudukan Lavinia dan Hazirah terikat untuk berkongsi pingat emas sebelum juri mengeluarkan keputusan rasmi yang memberikan kemenangan kepada Lavinia. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berhubung seorang lelaki dipercayai pesakit mental membaling pisau di sebuah restoran makanan segera...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Polis terima laporan aktiviti penyamaran sebagai Pegawai Tinggi KDN PUTRAJAYA, 4 Okt (Bernama) — Polis menerima laporan berhubung...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Dua gol pantas dalam tempoh empat minit dilihat sebagai punca utama kekalahan 2-3 skuad hi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memfailkan saman fitnah berjumlah AS$475 juta (RM2.13 bilion) terhadap agensi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications