Hi, what are you looking for?

Mamak News

Satelit Milik Malaysia Rosak Dan Bakal Jatuh Ke Bumi?


MEASAT-3 merupakan sebuah satelit milik Malaysia yang telah berkhidmat hampir 15 tahun itu dijangka bakal ditamatkan servis perkhidmatan setelah dikesan menghadapi masalah misteri sewaktu mengelilingi sekitar orbit.

Selepas lebih sebulan sejak Jun lalu menghadapi masalah selepas tidak mengikuti laluan orbit yang sepatutnya, satelit komunikasi Malaysia akhirnya dilaporkan akan diturunkan dari ruang angkasa lepas, selepas di bersarakan pengendalinya.

Ujian dan pemulihan lanjutan mendapati satelit tersebut tidak lagi dapat memasuki semula sistem perkhidmatan. Menurut laporan, satelit MEASAT-3 telah mula dikawal secara manual dari bumi sejak 24 Jun lalu akhirnya menemui jalan buntu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, masih tiada butiran lanjut diperolehi mengenai rancangan Measat untuk mengeluarkan satelit tersebut dari ruang angkasa dan menjadikan ia bakal jatuh ke bumi dan terbakar di ruang atmosfera bumi.

Pihak Measat menyatakan menerusi ujian dan usaha pembaik pulih yang dilakukan mendapati satelit ini tidak boleh menawarkan servis pemancarnya lagi. Satelit ini bakal ditamatkan servis apabila ia sudah keluar daripada orbit sepenuhnya dan masih belum terdapat tarikh spesifik bagi perancangan memusnahkan MEASAT-3 tersebut.

Dikhabarkan tiada sebarang serpihan yang akan menimpa pada kapal atau satelit lain apabila ia dimusnahkan kelak.

Kira-kira 14,000 pengguna Astro mengalami masalah menonton siaran sekitar 22 Jun lalu. Sebagai penyelesaian sementara, mereka meminta pelanggan untuk teruskan tontonan di aplikasi Astro GO.

Satelit MEASAT-3 dilancarkan ke angkasa lepas sekitar 15 tahun lalu adalah daripada jenis Boeing 601 dan katanya sudahpun mencapai hayat akhir.

Sehubungan dengan itu, pihak Measat telah memaklumkan kapal ini bakal digantikan dengan model terbaharu, MEASAT-3D seawal tahun 2022 yang menyokong resolusi video 8K dan sambungan internet yang mencapai 100Mbps.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh disebabkan masalah ini, 40 kawasan di Sarawak dijangka alami masalah internet sehingga ke bulan ini.

Adakah korang antara yang terkena tempias dari kerosakan satelit MEASAT-3 ini?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications