Hi, what are you looking for?

Satu Lagi Mayat Banjir Di Telemong Ditemukan

Mamak News

Satu Lagi Mayat Banjir Di Telemong Ditemukan


Bentong: Satu lagi mayat dari kumpulan enam individu yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, di sini, ditemukan petang tadi.

Mayat lelaki terbabit ditemui pada 4.55 petang kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Satu Lagi Mayat Banjir Di Telemong Ditemukan

Ia menjadikan empat mayat berjaya dijumpai hari ini, manakala satu mayat ditemukan semalam.

BACA: Lima Kereta Hanyut Di Jambatan Telemong: Empat Mangsa Maut, Dua Hilang, 10 Selamat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, setakat ini lima mayat sudah ditemui termasuk seorang ditemui semalam.

Menurutnya, seorang lagi dipercayai masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan.

“Operasi SAR hari ini ditangguhkan pada 6 petang tadi dan akan diteruskan pagi esok,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, lima kenderaan dilaporkan dihanyutkan arus deras di atas jambatan Telemong, terdiri daripada 16 orang di mana 10 orang selamat, manakala yang lain hilang.

Sehingga kini, lima mayat sudah dijumpai dan seorang lagi masih belum ditemui.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Rata-rata orang bujang berbelanja sekitar RM20 hingga RM30 sehari untuk tiga kali makan. Menerusi tinjauan Kosmo! di hari ini mendapati,...

Mamak News

0 WASHINGTON: White House dan parti Republikan secara dasar bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan kegagalan pembayaran selepas rundingan...

Sukan

0 MONACO – Juara dunia, Max Verstappen mengakui gusar de­ngan ancaman yang bakal diberikan oleh Ferrari menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco malam ini....

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications