Hi, what are you looking for?

Satu Lagi Mayat Ditemui, Korban Banjir Di Selangor Kini 10

Mamak News

Satu Lagi Mayat Ditemui, Korban Banjir Di Selangor Kini Cecah 10 Orang


Satu lagi mayat mangsa banjir dikeluarkan dari kawasan perumahan Taman Sri Muda, Shah Alam, menjadikan tujuh individu terkorban di kawasan itu, setakat ini.

Dengan pengeluaran mayat berkenaan jam 7.30 malam tadi, jumlah korban banjir di Selangor sehingga kini adalah 10 orang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis yang mengesahkan perkara itu memberitahu, pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, lelaki itu berusia dalam lingkungan 30-an.

Sebelum ini, sembilan individu termasuk seorang sukarelawan disahkan terkorban manakala seorang lagi masih hilang dalam insiden banjir yang melanda Lembah Klang.

BACA: Tujuh Mayat Ditemukan Di Kawasan Banjir Di Seluruh Selangor Setakat Petang Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di Sri Muda, Shah Alam, enam mayat ditemukan termasuk dua dipercayai ibu dan anak yang dibawa keluar kira-kira pukul 4 petang, tadi.

Dua lagi mangsa maut dipercayai lemas dalam kejadian berasingan di Dengkil, Sepang dengan identiti mereka belum dikenal pasti.

Sementara itu, satu lagi kes maut adalah membabitkan seorang lelaki dipercayai pemandu treler yang ditemui di Desa Coalfields, Kuala Selangor, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Hiburan

0 MENDIANG merupakan antara pemuzik paling berbakat dan berpengaruh pernah dilahirkan di dunia. Kenyataan tersebut adalah satu fakta yang sukar berganjak. Tina Turner. Sepotong...

Lifestyle

0 Lelaki itu jadi mangsa penipuan selepas kerugian RM320k Gara-Gara Nak Beli R Dan Arak Murah, Lelaki Dari Miri Ini Rugi RM320k. Dilaporkan seorang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications