Hi, what are you looking for?

Hiburan

Saya akan gila, meroyan jika suami kena sondol – Ernie Zakri


PETALING JAYA – Penyanyi popular, Ernie Zakri mengakui mungkin akan hilang kewarasan jika suaminya, Syamel ada hubungan dengan penyondol dan rumah tangganya diganggu orang ketiga.

Kata Ernie, 30, dia juga bukan wanita yang kuat untuk menghadapi dugaan paling ditakuti kaum isteri sebagaimana dilalui beberapa selebriti tanah air sebelum ini.

“Saya bukan wanita yang kuat untuk hadapinya. Siapa yang mahu suami disondol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ada satu saat, saya takut nak baca kisah-kisah sebegitu terutama yang terjadi dalam kalangan rakan-rakan artis.

“Saya tidak mahu berada di posisi mereka. Sekiranya berlaku, saya boleh jadi gila dan meroyan, bahkan mungkin boleh buat sidang media untuk kongsi tentangnya (penyondol),” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui dimajlis pelantikan Ernie sebagai duta Susu Marigold HL SuperMilk di Avante Hotel semalam.

Dalam pada itu, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri kagum dengan semangat dan kekuatan golongan wanita yang terpaksa melalui situasi sebegitu dalam rumah tangga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika berhadapan dengan masalah ‘penyondol’ tetapi kagum dengan kekuatan golongan wanita yang diuji dengan gangguan orang ketiga.

“Tabik dengan kekuatan mereka,” katanya lagi.

Ditanya sama ada memberi amaran atau tidak kepada Syamel berkait isu ini, pelantun lagu Astana itu memaklumkan mereka berdua saling menasihati antara satu sama lain

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saling mengingati itu perlu dan harus sentiasa sedar diri tentang status suami orang dan telah berkahwin,” ujarnya.

Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 ldi Masjid Puncak Alam,Selangor.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Khawla Soleha, 2. – KOSMO! ONLINE.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi penguatkuasa dan seorang orang awam bagi membantu siasatan susulan kes rasuah disyaki melibatkan...

Mamak News

0 Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya… Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran...

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications