Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

‘Saya belum ada masa jumpa Tok Naz periksa kotak suara’


PETALING JAYA – Penyanyi Naqiu terpaksa menangguhkan dahulu perancangannya untuk berjumpa dengan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat bagi mendapatkan nasihat dan memeriksa kota suaranya selepas mengalami parut kekal pada pita suara (vocal cord), ketika konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) lalu.

Bercakap kepada Kosmo! Online, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd. Najib berkata, dia perlu menyelesaikan beberapa komitmen membuat persembahan yang telah dipersetujui lebih awal, sebelum berjumpa dengan Syafinaz.

“Tentang perancangan untuk berjumpa dengan Tok Naz (panggilan Datuk Syafinaz) untuk memeriksa keadaan kotak suara, saya perlu tangguhkan dahulu kerana perlu menyelesaikan beberapa komitmen lain yang telah dipersetujui awal.

“Saya ada beberapa persembahan yang perlu diselesaikan. Selepas tamat GV10, saya fokus untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) pula. Jadi saya belum ada masa lagi untuk berjumpa dengan Tok Naz,” ujar Naqiu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata penyanyi berusia 37 tahun itu lagi, dia bimbang jika pemeriksaan pada kota suaranya nanti, memerlukan dirinya untuk berehat daripada menyanyi atas saranan doktor, sekali gus mengganggu urusannya untuk membuat persembahan pentas seperti yang telah dirancang.

“Sebab saya tidak tahu mungkin doktor akan suruh saya berehat daripada menyanyi. Jadi saya kena selesaikan dahulu komitmen-komitmen yang telah saya janjikan.

“Apa-apa pun saya memang akan berjumpa dengan Tok Naz seperti yang dia minta,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata pelantun Demi Masa itu, sebenarnya dia telah lama bercadang untuk berkongsi masalah kotak suara yang dihadapinya sewaktu masih dalam pertandingan GV10, namun bimbang jika tindakannya itu disalah tafsir oleh orang lain yang menganggap dia cuba untuk membodek juri.

“Sebenarnya saya sudah lama mencari peluang untuk berkongsi tentang masalah kotak suara yang saya alami ini. Tapi bimbang, takut orang salah tafsir. Nanti mereka ingat saya nak membodek atau meraih simpati juri.

“Tapi bila Tok Naz sendiri yang menegur masalah kotak suara saya dan meminta untuk berjumpa dengannya selepas tamat GV10 nanti, saya lega dan akan berbuat demikian nanti,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika konsert akhir GV10 baru-baru ini, Syafinaz telah mempelawa Naqiu untuk memeriksa keadaan kotak suaranya, memandangkan penyanyi itu mendedahkan mengalami masalah parut pada pita suara (vocal cord) kekal.

“Saya faham awak sebagai penyanyi rock dan impak suara awak.

“Jadi, saya mahu awak jaga suara awak selepas ini. Tolong hubungi saya selepas ini untuk saya bawa awak periksa kotak suara,” ujar Syafinaz.

Dedah Naqiu, masalah pada kotak suaranya itu terjadi disebabkan oleh tabiat dirinya sendiri apabila menyanyi dengan teknik nyanyian yang salah sehingga menjejaskan pita suaranya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement