Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

‘Saya berisi? Orang tak bahagia je kurus’ – Puteri Sarah


PETALING JAYA – Dlilabel semakin berisi apabila dagu tampak berlapis, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak melatah namun menegaskan perkara tersebut disebabkan dirinya kini dalam fasa bahagia.

Ujar pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, hanya mereka yang tidak bahagia sahaja tampil kurus, berbeza dirinya memandangkan episod derita telah tamat.

“Mestilah dah gemuk, aku sudah gembira sekarang, aku dah bahagia mestilah dah berisi.

“Ade ke kau tengok orang bahagia makin kurus?

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Orang tak bahagia je kurus, kalau orang bahagia dia mesti berisi,” ujarnya menerusi sebuah video dalam TikTok.

Tinjauan dalam ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan aktres berusia 38 tahun itu sekali gus memerli bekas madunya, Ira yang berbadan kurus.

“Betul kata Sarah, tengok sajalah orang sebelah sana (Ira Kazar), berjaya merampas tapi kebahagian tidak terbit jua, kurus kering dibuatnya makan hati jaga suami liar,” komen netizen itu.

“Setuju 100 peratus, orang tidak bahagia saja boleh kurus kering macam mayat sebab tengah fikir berjuta masalah, kita yang selalu gembira ni elok je naik badan, suami pun makin sayang,” demikian komen seorang lagi netizen.

Puteri Sarah sebelum ini didakwa menjalin cinta dengan pelakon Indonesia, Andi Arsyil Rahman apabila kerap muncul bersama dalam siaran langsung TikTok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, dia menegaskan hubungan dengan Andi hanya sekadar rakan perniagaan.

Puteri Sarah yang kini bergelar ibu tunggal itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan juga pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Jodoh tidak berpanjangan, pasangan itu sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil perkongsian hidup, Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement