Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Saya dan Anna ‘bestie’ – Amir Ahnaf


PUTRAJAYA – Pelakon Amir Ahnaf menangkis dakwaan menjadi orang ketiga yang dikatakan merosakkan hubungan aktres Anna Jobling dan aktor Meerqeen.

Tegas pemilik nama sebenar Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairuddin itu, kemesraan yang dipaparkan dalam media sosial sekadar bahan promosi drama gandingan mereka, Syurga Itu Bukan Mudah.

Justeru, dia enggan dikaitkan dengan sebarang spekulasi mahupun mencampuri urusan peribadi mana-mana individu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semua itu (akrab) hanya untuk mempromosikan drama kami, Syurga Itu Bukan Mudah yang menemui penonton pada awal Disember tahun lalu.

“Di awal penggambaran saya sudah maklumkan kepada Anna, saya masuk set terus jadi Farid, bukan Amir Ahmaf.

“Tiada apa-apa kaitan dengan hal peribadi masing-masing, kami cuma ‘bestie’ (kawan baik),” katanya selepas tayangan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, baru-baru ini.

Menurut aktor berusia 24 tahun itu lagi, tidak timbul sebarang isu dengan Meerqeen memandangkan dia sudah menghubungi rakan seperjuangannya itu sebelum penggambaran bermula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tiada hal pun antara kami, sebenarnya sebelum jumpa Anna saya ada Whatsapp Meerqeen maklumkan dalam perjalanan berjumpa Anna pasal projek drama kami.

“Dia balas ‘okay cha’, ‘good luck’. Saya respek, jadi saya tak peduli pasal peribadi mereka. Lebih baik begitu, saya enggan campur,” ulasnya.

Menurut Amir, soal perasaan bukan keutamaan buat masa ini kerana fokusnya hanyalah mengukuhkan kerjaya selain melaksanakan tanggungjawabnya sebagai abang sulung dalam keluarga.

“Walaupun sudah tiga tahun menyendiri, belum terbuka hati untuk mencari cinta baharu memandangkan komitmen terhadap adik-adik yang masih belajar perlu didahulukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cinta atau yang seumpamanya kita tolak ke tepi dulu kerana pada masa sama saya sibuk dengan kerja,” ujar anak sulung daripada sembilan bersaudara itu.

Spekulasi terjalinnya hubungan Istimewa antara Amir dan Anna bermula selepas mereka kerap memuat naik gambar berdua sehingga ramai menyifatkan mereka pasangan serasi.

Situasi berkenaan mencetuskan kontroversi baharu membabitkan Meerqeen memandangkan beberapa bulan sebelum itu hubungannya dengan Anna didakwa mula renggang.

Biarpun tidak pernah mengesahkan wujudnya perasaan cinta antara mereka, ramai peminat percaya bintang drama Melur Untuk Firdaus itu pasangan kekasih. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement